Selasa, 26 April 2011

Bahagia Dalam Senyap

Oleh Julie Hadden, The Guideposts, April 19, 2011


        Buku The Power of Positive Thinking (Kuasa Pemikiran Positif) oleh pengasas majalah Guideposts, Dr. Norman Vincent Peale pertama diterbitkan pada 1953 dan baru-baru ini, aku terbaca bahawa buku itu telah mencapai jualan lebih kurang 26 juta naskah di seluruh dunia.
        Tidaklah menghairankan bahawa buku ini penuh dengan pengertian yang cukup bermakna dan yang masih sesuai untuk hari ini.
        Aku mahu menumpukan pada satu aspek buku ini pada minggu ini sebab ianya telah membawa makna yang besar kepadaku, terutama pada hari-hari kebelakangan ini. Konsepnya ialah mengadakan amalan harian yang meluangkan masa untuk tidak berbuat apa-apa selain senyap. Nasihat Dr. Peale ialah untuk mengadakan 15 minit yang langsung tidak  diganggu sebarang kebisingan. Dengan tanpa mencuba mengatur fikiranmu. Dengan tanpa membaca. Dengan tanpa menulis. Cuma mendengar saja.

Rabu, 13 April 2011

Cerita Segelas Kopi

        Pastor Sual, yang berasal dari Sabah dan pernah melayani di gereja kami, suka memberitahu cerita ini:

       Pada suatu hari, seorang lelaki pertengahan umur pergi ke bandar lalu singgah di kedai kopi. Dia meminta segelas kopi lalu disediakan untuknya oleh tuan kedai itu. Apabila lelaki itu melihat gelas kopinya, diapun memanggil tuan kedai, "Hai Taukeh, ini kopi tak ada taruh susu ke?"

Minum Teh Dengan Larry


       Pagi ini, 7.20 pagi, aku bertemu Larry di sebuah restoran di bandar. Aku baru selesai menghantar budak-budak ke sekolah. Aku singgah di 7 Eleven untuk mendapatkan suratkhabar The Sun yang diberikan percuma. Selepas itu, aku tergerak hati untuk bersarapan di Restoran Ali Maju. Biasanya, kalau pagi-pagi begini aku jarang-jarang ke restoran itu. Biasanya aku akan ke kedai lain ataupun makan di rumah. Tapi pagi ini, entah kenapa hatiku lapang benar untuk berkunjung ke restoran itu.

Isnin, 11 April 2011

Berkat Daripada Tuhan


“Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka
semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.” (Matius 6:33)

Malam tadi, aku minum teh bersama Sina di Restoran Ali Maju. Aku memberitahunya tentang berkat Tuhan kepadaku setelah aku menjual kereta Hondaku…

Sabtu, 9 April 2011

Tuhan Adalah Gembalaku



UPDATE 9 APRIL 2012:

Hari ini ialah Ulangtahun Pertama blog domba2domba!

Saya telah update catitan asal yang pertama sekali ini (bertarikh 9 April 2011) dengan memuatkan lagu “Tuhan Adalah Gembalaku” sebagai ucapan syukur.