Selasa, 25 Oktober 2011

Kisah Edward Kimball - Guru Sekolah Minggu



D. L. Moody
Edward Kimball mengambil berat tentang salah seorang daripada pelajar-pelajar Sekolah Minggunya yang muda yang bekerja di sebuah kedai kasut di pekan. Pada suatu hari Kimball mengunjunginya di kedai tersebut, menjumpai pelajar itu di belakang kedai sedang menyusun rak-rak, lalu memimpinnya kepada Kristus di situ dan sewaktu itu juga. Dwight L. Moody akhirnya meninggalkan kedai itu untuk menjadi salah seorang pengkhutbah dan penginjil terulung di sepanjang zaman.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Pertemuan Yang Menyelamatkan!

Roger Simms sedang meminta ditumpang pulang ke rumah oleh kereta yang sambil lalu.  Dia tidak akan dapat lupakan tarikh itu, 7 Mei. Begnya yang berat membuat Roger kepenatan. Dia tak sabar-sabar lagi untuk menanggalkan buat selamanya seragam askar yang dipakainya. Sambil memberi isyarat tangan meminta penumpangan, dia sudah berputus asa sehinggalah dia melihat sebuah kereta Cadillac hitam yang baru dan berkilat. Dia terkejut apabila kereta itu berhenti. Pintu sebelah penumpang pun terbuka. Dia berlari ke arah kereta, meletakkan begnya di belakang, lalu duduk di kerusi depan sambil berterima kasih kepada lelaki tampan yang berpakaian segak itu. ‘Kembali untuk selamanya?” ‘Tentu sekali,” jawab Roger. ‘Kau bernasib baik kalau kau nak ke Chicago.” ‘Oh tidak sebegitu jauh. Encik tinggal di Chicago?” ‘Ya, saya punya perniagaan di situ. Nama saya Hanover.”

Isnin, 10 Oktober 2011

Kesaksian Ricardo Kaka: "I Belong To Jesus"

Kaka mengucap syukur selepas memimpin pasukan AC Milan
mengatasi Liverpool dalam Piala Juara-Juara UEFA 2007
Lahir di Brasilia pada  tahun 1982 dengan nama Ricardo Izecson dos Santos Leite, Kaka lahir dari sebuah keluarga penginjil yang kaya raya. Namun hal itu tidak membuatnya menjadi sombong dengan mengandalkan kekayaan keluarganya, ataupun mengikuti jalan hidup keluarganya dengan menjadi penginjil. Kaka mempunyai jalannya sendiri dan caranya sendiri.Sejak kecil ia sangat menggemari bola sepak, bahkan dalam usia remaja ia menjadi pemain yang cukup terkenal di daerahnya dengan bermain sebagai pemain simpanan di kelab San Paulo.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kesaksian Gilbert Lumoindong - Disembuhkan Tuhan!

Gilbert Lumoindong
Anak lelaki itu terpegun. Doktor baru saja memberi keputusan yang mengejutkan: secara beransur-ansur kemampuan otaknya akan menurun dan tingkat kecerdikannya akan berkurang demikian teruk bagaikan penderita Down Syndrome. Ia diputuskan menderita penyakit saraf otak.

Maka ia pun tak kuasa membendung air matanya setiap melintasi sekolah yang diperuntukkan untuk anak-anak dengan keperluan khusus, yang letaknya dekat dengan rumahnya di wilayah Tebet, Jakarta.

“Ah Tuhan, apakah kelak saya akan berada di tempat itu?” keluh anak lelaki yang bernama lengkap Gilbert Emanuel Lumoindong itu.