Buku The Power of Positive Thinking (Kuasa Pemikiran Positif) oleh pengasas majalah Guideposts, Dr. Norman Vincent Peale pertama diterbitkan pada 1953 dan baru-baru ini, aku terbaca bahawa buku itu telah mencapai jualan lebih kurang 26 juta naskah di seluruh dunia.
Tidaklah menghairankan bahawa buku ini penuh dengan pengertian yang cukup bermakna dan yang masih sesuai untuk hari ini.
Aku mahu menumpukan pada satu aspek buku ini pada minggu ini sebab ianya telah membawa makna yang besar kepadaku, terutama pada hari-hari kebelakangan ini. Konsepnya ialah mengadakan amalan harian yang meluangkan masa untuk tidak berbuat apa-apa selain senyap. Nasihat Dr. Peale ialah untuk mengadakan 15 minit yang langsung tidak diganggu sebarang kebisingan. Dengan tanpa mencuba mengatur fikiranmu. Dengan tanpa membaca. Dengan tanpa menulis. Cuma mendengar saja.



