Jumaat, 27 Mei 2011

Menyiram Bunga Di Rumah Ayah


Bunga Orkid

        Ayah dan ibuku telah pergi tinggal bersama adik perempuanku untuk beberapa bulan. Sementara itu, aku telah diberi tugas menyiram bunga di rumah bapaku yang letaknya beberapa kilometer dari rumahku. Ayah suka menanam pokok bunga. Bunga orkid menjadi kegemarannya.

Isnin, 23 Mei 2011

Ketekunan Mueller

George Mueller (1805-1898)
(Penginjil Yang Besar Iman)
        Pada suatu hari George Mueller mulai berdoa untuk lima orang kawannya. Setelah berbulan-bulan, salah seorang daripada mereka telah datang kepada Tuhan. Sepuluh tahun kemudian, dua orang lagi dimenangkan. Masa berlalu 25 tahun sebelum kawan keempat diselamatkan. Mueller bertekun di dalam doa sehingga akhir hayatnya untuk kawannya yang kelima, dan sepanjang 52 tahun itu dia tidak pernah putus harapan bahawa kawannya akan menerima Kristus! Imannya menerima ganjaran, sebab tidak lama selepas pengebumian Mueller, kawan yang terakhir itu juga  telah diselamatkan.



Khamis, 19 Mei 2011

Pelayanan Yang Terutama


Sewaktu memandu vanku petang semalam, aku mulai menyanyi lagu-lagu pujian. Kemudian aku mulai menyanyi lagu "Lebih Dalam Lagi" ciptaan Robert dan Lea Sutanto. Lagu yang begitu indah membawa aku dalam suasana hadirat Tuhan yang terlalu indah. Hatiku berasa sungguh riang, tenang dan begitu dekat Tuhan sewaktu aku menyanyi lagu itu.

Sabtu, 14 Mei 2011

"Tuhan, Siapakah Engkau?"

Fotografi: Allesandro Della Bella/EPA 

                Malam itu ialah malam berbintang. Aku sedang berehat-rehat di halaman rumah sambil menikmati keindahan alam. Pada malam itu berlakulah suatu peristiwa yang bakal mengubah seluruh hidupku….

Puisi "Kau Tiada"


  
“Kau Tiada
Kerana kau tak minta,”
Firman Tuhan Maha Pemurah.
Tapi kita insan pemalas
Berkat yang jelas
Kita terlepas.

Khamis, 5 Mei 2011

Tahukah Anda... Alkitab Buku Terlaris Di Dunia?


Tiada sesiapapun yang benar-benar tahu berapa naskah Alkitab yang pernah dicetak, dijual, atau diedarkan. Usaha Bible Society (Lembaga Alkitab) untuk menganggar jumlah naskah yang telah dicetak antara tahun 1816 dan 1975 menunjukkan angka 2,458,000,000. Satu kajian yang lebih baru, untuk tahun-tahun sehingga 1992, telah meletakkan angkanya hampir dengan 6,000,000,000 dalam lebih 2,000 bahasa dan dialek. Walau apa jua angkanya yang tepat, Alkitab adalah buku yang jauh terlaris untuk sepanjang zaman.


(Sumber: Bible Society)


Tahukah Anda... Kependudukan Dunia Mencapai 7 Billion?


NEW YORK: Kependudukan dunia dijangka mencapai 7 billion pada bulan Oktober dan akan bertambah menjadi 10.1 billion orang dalam masa 90 tahun akan datang, begitu dinyatakan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa lalu dalam penilaian semula jangkaannya.