Selasa, 31 Januari 2012

Cerita Lelaki, Anak dan Keldai

Cerita Lelaki dengan Anak dan Keldai pergi ke Pasar.
(Semua lukisan dari laurakgibbs' photostream di flickr)

Pada suatu hari, seorang lelaki dengan anaknya sedang membawa keldai mereka ke pasar. Setelah beberapa ketika, mereka mendengar sekumpulan gadis menertawakan mereka. “Lihat!” teriak gadis-gadis itu. “Bodohnya mereka ini! Ada keldai untuk ditunggang tapi masih juga berjalan kaki.”

Selasa, 24 Januari 2012

Manusia Syurgawi: Kesaksian Sdr Yun (Bahagian 2)

Kesaksian Saudara Yun dalam
bukunya, "Heavenly Man"
Semasa ditangkap oleh polis, Saudara Yun memekik, "Aku ialah Manusia Syurgawi. Aku tinggal di Kampung Injil." Dia tidak mahu polis tahu nama dirinya yang sebenar. Pekikannya itu telah menyedarkan saudara-saudara lain yang masih ada di dalam rumah di mana mereka telah mengadakan kebaktian dan mereka sempat melarikan diri. Dari situlah, dia mula digelar "Manusia Syurgawi"...

Khamis, 12 Januari 2012

Manusia Syurgawi: Kesaksian Sdr Yun (Bahagian 1)

Kesaksian Saudara Yun tercatit dalam
buku "The Heavenly Man"
Saudara Yun telah dilahirkan di China selepas pengambilan kuasa oleh pihak Komunis. Pemerintah Komunis telah mengusir mubaligh-mubaligh Kristian keluar dari negara, dan gereja-gereja pun  ditutup. Alkitab sukar sekali didapati pada ketika itu...  

Saudara Yun telah dilahirkan pada tahun 1958 di bahagian selatan Wilayah Henan, di kalangan para petani di Liu Lao Zhuang, Daerah Nanyang. Ibu kepada Saudara Yun telah percaya kepada Yesus bertahun-tahun sebelumnya melalui kesaksian mubaligh Kristian, tetapi setelah para mubaligh telah diusir keluar dari negara dan gereja-gereja ditutup selepas pengambilan kuasa oleh Komunis, dia telah menjadi dingin terhadap Tuhan disebabkan kurangnya persekutuan. Pada waktu itu tidak ada Alkitab untuk membantu pertumbuhan orang Kristian. 

Selasa, 3 Januari 2012

Tahukah Anda... Populasi Kristian Di Dunia (2010)?


Ada berapa ramai penganut agama Kristian di dunia? Menurut penyelidikan yang dilakukan di Amerika Syarikat yang diumumkan pada Isnin (19 Disember 2011), sepertiga penduduk bumi menganut agama Kristian iaitu seramai 2.18 bilion dari 6.9 bilion jumlah penduduk bumi.