“Linsanity” bukan hanya melanda Amerika, malah tersebar ke seluruh dunia. Bacalah terjemahan daripada petikan artikel “The 'Lin-spiring' success of Jeremy Lin” yang ditulis oleh Wilson Lee Flores dan diterbitkan dalam the Philippine Star bertarikh 19 Februari 2012.
Peminat-peminat bukan bola keranjang pun sedang mengalami demam baru yang dipanggil “Linsanity” (kegilaan akan Lin). Anak saudaraku yang kecil, Luke pun asyik memperkatakan tentangnya; dalam satu ucapanku pada 16 Februari semasa berucap di hadapan pelajar-pelajar kolej di Kolej Chiang Kai Shek di Manila, para hadirin menjadi teruja apabila aku menyebut nama Lin.





