Khamis, 30 Ogos 2012

Kisah Duit Pisang

"Duit Pisang" yang digunakan di bawah Pemerintahan Jepun
semasa Perang Dunia Kedua (1941 - 1945)

Semasa aku kecil, aku sering berkunjung ke rumah nenekku. Pada satu kali, makcikku yang tinggal bersama nenek menunjukkan kepadaku sekeping wang yang belum pernah kulihat. Wang itu dihiasi lukisan pokok dan pohon pisang  di tengah-tengahnya dan tulisan "The Japanese Government" dan "Ten Dollars" di sebelah kirinya. 

"Inilah wang Jepun ketika Perang Dunia Kedua," jelas makcikku. "Ketika Jepun memerintah, semua orang diwajibkan gunakan wang ini." 

Selasa, 14 Ogos 2012

Kisah William Borden - "Tiada Perkiraan, Tiada Pengunduran, Tiada Penyesalan"

William Borden
William Borden, lulusan daripada Universiti Yale telah melepaskan harta kekayaan keluarganya, antara yang terbesar di Amerika, untuk menjadi missionari ke China. Dia sampai sejauh Mesir, dan meninggal dunia akibat penyakit spinal meningitis - dan hanya berusia dua puluhan - tetapi bagi William Borden, dalam apa keadaan pun, sesungguhnya "tiada perkiraan, tiada pengunduran dan tiada penyesalan" dalam penyerahannya kepada Tuhan.

Pada tahun 1904, William Borden, waris kepada perniagaan tenusu Borden yang ternama, tamat pengajian sekolah menengahnya di Chicago. Sebagai hadiah tamat pengajian, ibubapanya menghantarnya ke pelayaran keliling dunia. Semasa dalam pelayaran itu, Tuhan mula membuka mata dan hati William kepada orang ramai yang belum diselamatkan di sekeliling dunia. William menulis kepada ibunya tentang keinginannya untuk menjadi mubaligh (utusan Injil). Dalam satu daripada surat awalnya dia menulis, "Aku fikir Tuhan sedang memanggil aku untuk menjadi mubaligh." Dalam suratnya yang terakhir dia menulis, "Aku tahu Tuhan sedang memanggil aku untuk menjadi mubaligh." Seorang kawan menyatakan rasa hairannya bahawa William mahu mensia-siakan hidupnya dengan memilih menjadi mubaligh.

Rabu, 8 Ogos 2012

Gabby Douglas Juara Gimnastik Olimpik Menghantar Tweet Ayat Alkitab

Gabby Douglas menunjukkan emas acara
individu all-alround (acara keseluruhan)
yang dimenanginya (2 Ogos 2012)
Gabby Douglas telah muncul sebagai bintang baru gimnastik wanita Amerika Syarikat apabila dia memenangi dua pingat emas, satu untuk acara berpasukan gimnastik bersama empat rakan sepasukannya dan satu emas lagi untuk acara individu all-around (acara keseluruhan) dalam gimnastik wanita di Olimpik London beberapa hari lalu. Persembahannya yang bergaya dan mantap telah menarik perhatian para peminat sukan Olimpik London 2012.

Gabby Douglas, wajah baru gimnastik wanita, mungkin sedang menerima mesej tweet dari senarai selebriti ternama merangkumi dari Oprah ke Justin Bieber (dan jaguh Olimpik terhebat sepanjang waktu Michael Phelps, yang telah mengatakan bahawa dia telah menonton persembahan Gabby dari kolam renang), tetapi sebelum datangnya tweet daripada senarai ternama Hollywood, ialah mesej tweet tentang ayat Alkitab dan pengakuan iman.

Rabu, 1 Ogos 2012

Temuramah Dengan Sanya Richards-Ross, Pelumba Olimpik 400 Meter Wanita

Sanya Richards-Ross
Pada tahun 2007, jaguh 400m wanita Amerika Syarikat, Sanya Richards disahkan doktor mengidap penyakit Behcet (mengakibatkan bengkak-bengkak di mulut dan tompok-tompok di kulit). Keadaan ini menyebabkan Sanya kadang-kadang sukar bercakap dan bernafas sehingga mengganggu latihan dan kariernya sebagai atlit.

Sanya sempat pulih kesihatan dan kecergasannya untuk menjadi pilihan utama dalam 400m wanita di Olimpik Beijing 2008. Dia hanya mendapat gangsa dalam acara individu itu tetapi berjaya memenangi acara 4 x 400m wanita bersama rakan-rakannya.

Selepas Beijing, Sanya berjaya menjadi Juara Dunia, memenangi emas dalam acara 400m di Kejohanan Dunia 2009 di Berlin. Sanya terus menyerlah dan merupakan wanita yang paling banyak kali mencatat masa di bawah 50 saat untuk acara 400 meter.