Rabu, 31 Oktober 2012

Martin Luther Pelopor Reformasi Protestan

Martin Luther

Pada hari ini pada tahun 1517, paderi dan sarjana agama, Martin Luther menghampiri pintu Castle Church di Wittenberg, Jerman, dan memakukan ke atasnya sekeping kertas yang mengandungi 95 pendapat bersifat pembaharuan yang akan memulakan Reformasi Protestan.

Isnin, 29 Oktober 2012

Ucapan Syukur Di Tahun Yobel

Puji Tuhan! Pada 16 September 2012, umat Kristian di Malaysia telah menyambut mulanya Tahun Yobel (Jubilee) iaitu Tahun ke-50 pembentukan Malaysia. Malaysia telah dibentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963 (Singapura selepas itu telah menarik diri daripada Persekutuan baru ini dua tahun kemudiannya).  Umat Kristian di Malaysia telah merayakan bermulanya Tahun Yobel ini dengan Doa Berkat Bagi Malaysia, dalam acara doa gabungan di pelbagai tempat di seluruh negara. Semoga kasih dan rahmat Tuhan dicurahkan ke atas Malaysia dalam Tahun ke-50 nya!


Blog mencapai 50,000 pageviews
Sejak bermulanya Tahun Yobel ini, blog domba2domba juga mengalami beberapa perkembangan yang menarik. Pada 4 Oktober 2012, blog ini telah mencapai 50,000 pageviews (paparan halaman) yang pertamanya sejak blog ini dimulakan setahun setengah yang lalu pada 9 April 2011. Segala pujian dan syukur kepada Tuhan atas kebaikan dan kesetiaan-Nya sejak bermulanya blog ini sehingga ke hari ini. (50,000 pageviews ini ialah jumlah pageviews untuk semua artikel dalam blog ini termasuk artikel Sidney Mohede di sebelah).

Selasa, 23 Oktober 2012

Jaclyn Victor Tiada Niat Menyebar Kristian Melalui Lagu

PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor menganggap lagu Harapan Bangsa yang dinyanyikannya adalah salah satu bentuk sumbangan dan tanggungjawab untuk agamanya iaitu Kristian.

Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 33, berkata, dia menyanyikan lagu itu dalam Bahasa Malaysia bukan bertujuan untuk menyebarkan agama berkenaan tetapi dikhususkan kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
"Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penganut Kristian dengan menyanyikan lagu berkenaan kepada orang Kristian di Sabah dan Sarawak. Kebanyakan mereka di dua negeri itu lebih faham Bahasa Malaysia.

Kontroversi Lagu Harapan Bangsa, Tiada Niat Singgung Agama Lain – Jaclyn Victor


Nama Jaclyn Victor tiba-tiba sahaja panas apabila beliau dikatakan menghina agama lain (Islam) kerana menyanyikan lagu Harapan Bangsa.  Ini kerana klip video lagu Harapan Bangsa nyanyian Jaclyn Victor yang ditayang di laman YouTube – dipercayai sejak Januari lalu dikatakan berunsurkan keagamaan yang boleh menimbulkan salah faham kepada agama lain.

Lirik lagu berkonsep ketuhanan agama Kristian dengan lirik Bahasa Malaysia itu mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak mendesak klip video dan lagu berkenaan diboikot. Namun jelas Jac, “sebagai seorang warga Malaysia dan mempunyai ramai kawan beragama Islam, saya masih mempunyai perasaan hormat terhadap agama mereka. Saya cukup menghormati kepercayaan dan amalan mereka.”


Jumaat, 19 Oktober 2012

Tiga Pemuda Terpanggil Ke Borneo

Borneo, pulau ketiga besar di dunia 
Tiga pemuda ini berasal daripada latar belakang yang berbeza dan juga denominasi yang berbeza, namun begitu ketiga anak muda ini memiliki tujuan yang sama - untuk melayani Tuhan di mana sahaja yang dikehendaki oleh Tuhan. Tahunnya ialah 1928 dan tempat panggilan mereka ialah Borneo.

(Berikut ini ialah kisah tiga anak muda yang terpanggil untuk membawa Injil ke Borneo seperti yang diceritakan oleh Shirley Lees dalam buku "Drunk before Dawn," yang telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Evelyn Tan Hwee Yong dalam buku "Mabuk Sebelum Fajar Menyinsing")


Dari kiri: Frank Davidson, Carey Tolley dan Hudson Southwell

Mereka berasal daripada latar belakang dan denominasi (aliran gereja) yang berbeza. Seorang daripada mereka berasal daripada England dan yang kedua lagi ialah rakyat Australia namun mereka bertekad sama-sama melayani Tuhan di mana saja Tuhan telah memanggil mereka.

Rabu, 10 Oktober 2012

Tahukah Anda... Injil Matius Telah Diterjemah Ke Bahasa Melayu Oleh AC Ruyl Pada 1612?

Injil Matius Terjemahan Bahasa Melayu
Yang Disiapkan Oleh AC Ruyl pada 1612

Injil Matius Telah Diterjemah Ke Bahasa Melayu 400 Tahun Yang Lalu Oleh Pedagang Belanda Bernama AC Ruyl...


Tidak ramai orang yang menyedari bahawa lama sebelum terjemahan Alkitab diadakan dalam Bahasa Cina, Tamil atau Tagalog, Injil Matius telahpun diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh seorang pedagang Belanda bernama Albert Cornelius Ruyl. Terjemahan itu telah disiapkan pada 1612, cuma setahun selepas terjemahan Bahasa Inggeris King James Version diedarkan, dan telah dicetak pada 1629. 

Khamis, 4 Oktober 2012

"Nyatanya Syurga" - Kisah Seorang Anak Kecil Ke Syurga

Buku "Heaven is for Real" (Nyatanya Syurga)
Sebuah cerita yang luar biasa dan indah, bagaimana perjalanannya ke syurga dan kembali lagi. Colton, yang belum berusia empat tahun, memberitahu orangtuanya bahwa ia meninggalkan tubuhnya semasa pembedahan. Dia berbicara tentang mengunjungi syurga pada Mac 2003 dan menyampaikan cerita orang-orang yang dia temui di surga yang tidak pernah dia temui di hidupnya, menceritakan kejadian yang terjadi sebelum dia lahir. Dia juga mengejutkan orangtuanya dengan gambaran dan perincian mengenai syurga tepat seperti gambaran Alkitab meskipun dia belum mempelajarinya.

Berikut ini bacalah terjemahan daripada artikel laman Jawaban.com "Ketika Anak Umur 3 Tahun Melihat Sorga" bertarikh 26 April 2011;

Colton Burpo pada usia 3 tahun
lima bulan (pada Oktober 2002)
anak kecil yang bersemangat

Anak berumur tiga tahun ini sangat cerdas dan menawan hati, namanya Colton Todd Burpo. Namun di usianya yang sangat muda itu, maut hampir saja menjemputnya.

“Ia mulai muntah-muntah di tandas, dan mulanya kami fikir virus di perut kerana kata doktor memang sedang terjadi saat itu,” kata ayahnya, Todd Burpo.

Tapi keadaan Colton semakin buruk dalam beberapa hari kemudian. Doktornya kemudian menemukan ternyata usus apendiks anak itu sudah pecah, dan infeksinya telah menyebar ke seluruh tubuhnya.