Sari Simorangkir, penyanyi dan penulis lagu rohani Kristian yang popular dari Indonesia memulakan pelayanannya pada 1992 dengan Voice of Galilee dari Galilee Ministry. Kemudian, melalui pertemuan dengan sesama pelayan Tuhan, Sari dan kumpulannya kemudian tergabung bersama dalam satu kumpulan iaitu True Worshippers. Sampai sekarang dia sudah mengeluarkan enam album single. Hampir semua lagu yang dibawakan merupakan ciptaannya sendiri dan ada pula beberapa lagu dari teman sepelayanan.
![]() |
| Sari Simorangkir |
Berikut ini ialah temuramah dengan Sari Simorangkir beberapa tahun yang lalu, selepas albumnya berjudul Sari 31:31 dilancarkan:
Album pertama anda langsung diterima masyarakat?
Oh tidak. Album pertama dan kedua tidak begitu laris. Rentak muzik dua album ini adalah R&B, gayanya tidak begitu cocok dengan jemaat di sini. Di album ketiga, saya dan teman-teman membuat album yang lebih berentak pop. Ternyata hasilnya bagus. Boleh dikatakan untuk ukuran lagu rohani, sudah boleh disebut luarbiasa. Album ketiga dan keempat, boleh laris sekitar 30 ribu.



