Rabu, 27 Jun 2012

Simon Santoso Mengucapkan "Terima Kasih Tuhan Yesus"


Simon Santoso dan pingat kejuaraan Terbuka Indonesia
Sepuluh hari yang lalu, pemain badminton dari Indonesia, Simon Santoso telah berjaya memenangi Terbuka Indonesia 2012. Simon lantas memberi ucapan terima kasihnya kepada Tuhan Yesus dan para penonton selepas menewaskan Du Pengyu dari China dalam final.

Setelah melalui perjalanan panjang, Simon Santoso akhirnya meraih gelaran pertamanya di acara kejuaraan badminton Djarum Indonesia Open Super Series Premier 2012. Ini gelaran pertama Simon pada kejohanan terbuka sejak 2010. Terakhir, pemuda kelahiran Tegal, 29 Julai 1985, ini menjuarai China Taipei Grand Prix Gold 2010.

Rabu, 20 Jun 2012

Mimpi Tukang Masak dan Penyambut Tetamu


Gambar Tukang Masak
Pada waktu itu, aku bekerja di pejabat yang sama dengan JC. Dia seorang yang sangat peramah dan baik hati. Semua orang di pejabat suka pada JC. Sejak dia mula bertugas di situ, suasana di pejabat menjadi mesra dan ceria. 

Aku dan JC berkawan baik, meja kerja kami di pejabat itu pun berdekatan. Pada suatu pagi, aku bertegur sapa dengannya seperti biasa. Tiba-tiba JC berkata dengan nada yang perlahan tetapi serius, "Aku bermimpi tentang engkau malam tadi."

Khamis, 14 Jun 2012

Kisah Eric Liddell: Lebih Dari Emas (Bahagian 2)

Gambar Potret Eric Liddell
"Eric Liddell mencintai China. Dia telah dilahirkan di sana kepada sebuah keluarga utusan Injil, menghabiskan masa kecilnya di situ dan kembali ke China untuk melayani sebagai utusan Injil sebaik sahaja dia menamatkan pendidikan universitinya di Scotland dan memenangi pingat emas Olimpiknya di Paris." 
- John Keddie, penulis buku berjudul Running the Race.


Selepas Olimpik, Liddell kembali ke China (pada tahun berikutnya, 1925) untuk bertugas sebagai utusan Injil. Keluarganya yang berasal dari Scotland, telah bertugas di China pada waktu Pemberontakan Boxer. Liddell bertugas sebagai guru di sebuah sekolah untuk budak-budak Cina di mana dia mengajar pelajaran Kimia dan mengatur acara sukan. Dia berkahwin pada tahun 1934, dan pada tahun 1936 China bersiap untuk perang apabila ketegangan antara pihak Komunis dan Nasionalis makin meningkat. 

Kisah Eric Liddell: Lebih Dari Emas (Bahagian 1)


Eric Liddell, atlet Britain yang juga
digelar "The Flying Scotsman"
Eric Liddell merupakan atlet pilihan Britain untuk memenangi acara 100 meter di Olimpik Paris 1924. Namun begitu, Eric menarik diri daripada acara 100 meter itu apabila mengetahui bahawa acara itu akan diadakan pada hari Ahad. Seorang Kristian yang komited, Eric berprinsip menjadikan hari Ahad sebagai hari untuk berehat dan beribadah. Kisahnya telah diabadikan dalam filem "Chariots of Fire" pada 1981. Filem  itu memenangi 4 anugerah termasuk Anugerah Oscar untuk Filem Terbaik