Khamis, 20 September 2012

Game Show Bertema Alkitab Disiarkan Di Amerika Syarikat

Jeff Foxworth, hos game show baru "The American Bible Challenge"

Satu rancangan game show baru bertemakan Alkitab telah dilancarkan di Amerika Syarikat baru-baru ini. "The American Bible Challenge" dalam tayangan sulungnya pada 23 Ogos 2012 telah menarik 1.7 juta penonton, rekod tertinggi dalam sejarah 17 tahun rangkaian Game Show Network. Berikut terjemahan artikel The Christian Post, "The American Bible Challenge Mixes Faith, Humor and Charity" bertarikh 24 Ogos 2012 mengenai tayangan sulung rancangan itu.

Rancangan "The American Bible Challenge," yang dihoskan oleh pelakon komedi Jeff Foxworthy, dilancarkan pada Khamis malam di rangkaian Game Show Network dan menggabungkan unsur iman dan keriangan sementara para peserta bertanding untuk memenangi wang bagi badan kebajikan kegemaran mereka.

Jumaat, 14 September 2012

Gempuru Besai Dan Peta Malaysia Di Langit


Greman Ujang (foto), seorang pemimpin muda Kristian Iban, sangat tergerak hatinya untuk bangsanya ketika menghadiri Konferensi Pan Borneo / Kalimantan di Sibu, Sarawak pada April 1997. Pada waktu itu, Greman adalah wakil Sarawak dan Sabah untuk Asian Outreach yang juga merupakan penganjur konferensi itu.

Berikut ini kisah bagaimana Gempuru Besai Iban telah bermula di Sarawak dan peranan yang dimainkan oleh Greman Ujang dalam Gempuru Besai itu (dipetik dan diterjemahkan daripada artikel majalah Asian Beacon edisi Jun-Julai 2012 bertajuk "Gathering the Ibans" ditulis oleh Peter de Run).

Kedua-dua Greman dan seorang pastor bangsa Kenyah, Tunggi Balan, yang berbahasa Iban, yang telah mengikuti konferensi itu, mendengar Tuhan dengan jelas memanggil mereka untuk menyatukan umat yang berbahasa Iban di Sarawak, mengasihi mereka dan membawa Kerajaan Tuhan kepada mereka.

Selasa, 11 September 2012

Al Braca - Menyelamatkan Jiwa Sampai Akhir (Di World Trade Center 11 September 2001)

Al Braca bekerja di World Trade Centre
Pada pagi 11 September 2001, Jeannie Braca memasang televisyen untuk mengikuti laporan cuaca, tetapi sebaliknya dia mendengar laporan bahawa sebuah kapalterbang telah melanggar World Trade Centre. Suami Jeannie, Al, bekerja sebagai seorang pedagang bon perniagaan untuk Cantor Fitzgerald. Pejabatnya di tingkat 105, Menara Satu. Jeannie tidak bercakap dengan Al sejak dia pergi kerja pada pagi itu.

"Biasanya kami akan banyak bercakap di telefon - mungkin lima atau 10 kali sehari. Kami akan berdoa bersama setiap masa, apabila menghadapi pelbagai keadaan," jelas Jeannie. "Kami hanya berpindah ke rumah baru kami, dan pada pagi itu aku sedang mengeluarkan barang-barang dari kotak dan menyusunnya."

Jumaat, 7 September 2012

Nick Vujicic: Mengapa Tuhan Menjadikan Aku Tanpa Lengan Dan Kaki

Nick Vujicic yang telah dilahirkan tanpa lengan dan kaki

Penginjil Nick Vujicic, yang berucap di Gereja Saddleback di California pada Ahad lepas, telah dilahirkan tanpa lengan dan kaki, dan telah menyoal Tuhan selama lapan tahun mengapakah harus begitu. Jawapannya telah mengubah hidupnya, dan melaluinya telah membawa perubahan kepada puluhan ribu orang yang lain.