Khamis, 29 November 2012

Liputan Sambutan Tahun Jubilee Malaysia

Poster  "Hari Memberkati Malaysia,"
yang diadakan di Stadium Likas,
Sabah pada 16 September 2012
Pada 16 September 2012, umat Kristian di Malaysia telah menyambut mulanya Tahun Jubilee, iaitu Tahun ke-50 pembentukan Malaysia. Malaysia telah dibentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura telah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963 (Singapura kemudiannya menarik diri). Umat Kristian merayakan bermulanya Tahun Jubilee ini dengan Doa Berkat Bagi Malaysia, dalam acara doa gabungan di pelbagai tempat.

Hari Malaysia dan Tahun Jubilee negara telah disambut dengan perayaan penuh sukacita di Kota Kinabalu, di mana dianggarkan kira-kira 14,000 orang telah memenuhi Stadium Likas pada 16 September 2012.

Rabu, 21 November 2012

Tahukah Anda... Populasi Malaysia Mengikut Kaum Untuk Tahun 2010?


Malaysia ialah negara yang kaya dengan berbilang kaum dan budaya. Berikut ini ialah Populasi Malaysia, Sabah dan Sarawak Mengikut Kaum yang telah disusun daripada statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Khamis, 15 November 2012

"Sembah Pemenang" - Lagu Tema Gempuru Besai Kristian Jaku Iban Ke-15 di Bintulu



Aku menerima lagu ini dari Allexsis Ngilah melalui FB dua minggu lalu. Demo akustik lagu Iban. Lagu tema untuk Gempuru Besai di Bintulu pada 22-25 November ini. Aku suka benar lagu 'Sembah Pemenang' ini lalu aku bertanya lanjut dengan Allexsis mengenainya.

Selasa, 13 November 2012

Album Pertama Praise Valley: "Father, I Worship You"

Album pertama Praise Valley "Father I Worship You"

Pada Jun 2012, Praise Valley telah menerbitkan album pertamanya, "Father, I Worship You." Album pertama ini dengan cepat mendapat sambutan baik daripada umat Kristian dan gereja-gereja tempatan. Pada bulan lepas, team dari Kuching ini telah mengadakan konsert di sebuah gereja di Lembah Kelang. Aku sempat mengikuti konsert itu dan juga membeli album baru mereka di situ.

Berikut ini temuramah dengan Rhemedy Anthony Antong, salah seorang penulis lagu dan penyanyi dari team Praise Valley mengenai penglibatannya dalam album "Father, I Worship You."

Rabu, 7 November 2012

Kisah Di Sebalik Kem Transformasi

Sejak beberapa bulan lalu, ada satu kem yang sering disebut di kalangan anak muda. Berita tentang kem itu sering muncul di Facebookku dan kawan-kawanku. Apakah cerita di sebalik Kem Transformasi? Berita terbaru adalah Kem Transformasi akan mengadakan banyak kem sewaktu cuti sekolah November/Disember ini untuk melayani anak muda khusus di Sabah dan Sarawak. 

Dalam cuti sekolah ini, pihak Kem Transformasi akan menganjurkan 8 kem di pelbagai tempat di Sabah dan Sarawak.

Khamis, 1 November 2012

Kisah Di Sebalik Lagu "Every Time I Pray"




Ng Wah Lok
Lagu itu telah menyentuh jutaan orang di Asia. Penulisnya orang Malaysia, Ng Wah Lok telah menulis lagu "Every Time I Pray" dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1981. Setelah lagu itu diterjemahkan ke Bahasa Mandarin, lagu itu mendapat sambutan hangat di gereja-gereja Mandarin di Asia. Sejak waktu itu, lagu doa yang sangat berkuasa dan diurapi itu telah dibuat recording sekurang-kurangnya sepuluh kali dalam Bahasa Mandarin di Taiwan, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Kanada. Lagu itu akhirnya dibuat recording dan diterbitkan buat pertama kali dalam Bahasa Inggeris dalam album sulung Wah Lok pada 2001. Wah Lok, seorang bekas jurutera yang kini menjadi pastor dan pengetua Sekolah Alkitab menceritakan kisah di sebalik lagu itu...