Maklumat daripada Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian seramai 2.6 juta orang. Itu merupakan 9.2% daripada jumlah penduduk Malaysia yang seramai 28.3 juta orang.
Daripada jumlah 2.6 juta Kristian tersebut, didapati bahawa penganut Kristian paling ramai adalah di negeri Sarawak berjumlah 1 juta orang (42.6% daripada penduduk Sarawak) diikuti dengan Sabah seramai 853.7 ribu orang (26.6% daripada penduduk Sabah).




