Selasa, 30 April 2013

Kisah Di Sebalik Lagu "How Great Thou Art" (Ajaib Tuhan)

Gidong Linog menyanyikan lagu
"How Great Thou Art" versi Dusun
Sewaktu melayari Facebook minggu lepas, aku terjumpa video lagu "How Great Thou Art" versi Dusun yang dinyanyikan oleh Gidong Linog (gambar sebelah). Menarik dan menyayat hati!

Kebetulan pula aku sedang mencari maklumat mengenai lagu "How Great Thou Art" dan George Bev Shea yang telah mempopularkan lagu itu di Amerika Syarikat sejak 1957. Berikut bacalah kisah di sebalik lagu itu yang asalnya ditulis dalam Bahasa Sweden pada tahun 1885 oleh seorang pastor...

Jumaat, 26 April 2013

Kesaksian Tanda-Tanda Ajaib Di Langit Kuching (Pantai Siar 1990)

Pada tahun 1990, sekumpulan pelajar perempuan dan dua orang guru mengikuti sebuah kem muda-mudi yang telah membawa kebangunan rohani kepada ahli-ahli dan gereja-gereja di Kuching. Sebagai salah satu kejadian penglihatan terbuka yang paling kerap diceritakan di Kuching, tanda-tanda dan keajaiban di Pantai Siar telah terus membawa impak dalam kehidupan ramai orang.

"Masih jelas dalam fikiranku. Aku tidak dapat lupakan pengalaman-pengalaman seperti ini," kata Florence Tan, salah seorang daripada 37 pelajar perempuan yang mengikuti kem Anglican Youth Society yang menakjubkan itu lebih kurang 20 tahun yang lalu. Sebagai pelajar berusia 14 tahun, dia masih ingat penukaran tempat kem apabila dua guru itu memberitahu pelajar-pelajar itu bahawa mereka akan ke Pantai Siar dan bukannya ke Pantai Pandan seperti yang telah dirancangkan.


Florence Tan dengan gambar-gambar lakaran akan tanda-tanda dan keajaiban
seperti yang diterbitkan oleh salah seorang gurunya selepas kem di Kuching

Sabtu, 13 April 2013

Hari 4/14 Sedunia - Berdoa Untuk Kanak-Kanak Sedunia

Suatu perikatan antarabangsa sejuta orang Kristian, yang dikenali sebagai Gerakan Jendela 4/14, akan bersatu dalam doa di enam benua pada Ahad ini. Misi mereka: berdoa untuk kanak-kanak dalam "Jendela 4/14."

Jendela 4/14 itu merujuk kepada semua kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 14 tahun. Semasa dekad, atau "jendela" itu, kebanyakan kanak-kanak pada kumpulan umur ini akan membentuk dasar moral dan rohani mereka.

Hari 4/14 Sedunia adalah hari doa yang diadakan secara tahunan bagi kanak-kanak sedunia," kata Steve Karges, pengasas dan presiden Children's Ministry International, Inc., dan penyelaras acara itu. "Fokus doa kami pada hari Ahad ialah untuk kanak-kanak yang terbiar, terdedah dan tersesat secara rohani, dan kami mengundang orang-orang Kristian di setiap tempat untuk menyertai gerakan ini dan berdoa.

Rabu, 10 April 2013

Drama Muzika Hari Kebangkitan Di Calvary Convention Centre

Drama Muzika Hari Kebangkitan "Heaven and Earth Rejoice!"

Dua Sabtu yang lepas, pada 30 Mac 2013, aku bersama keluarga dan beberapa kawan sempat mengunjungi Calvary Convention Centre di Kuala Lumpur untuk menyaksikan drama muzika Hari Kebangkitan berjudul "Heaven and Earth Rejoice!" 

Terletak di Bukit Jalil, dengan kawasan terbina seluas 600,000 kaki persegi dan menelan belanja pembinaan sebanyak RM200 juta, Calvary Convention Centre milik Gereja Calvary KL dikatakan gereja terbesar di Asia Tenggara.

Selasa, 9 April 2013

Artikel Paling Popular 2011 & 2012 Di Blog domba2domba

Anugerah Domba... hehe...
Sempena Ulangtahun ke-2 blog domba2domba, kami nak berikan Anugerah Domba kepada artikel yang paling popular di blog ini sepanjang dua tahun yang lepas.

Dalam masa 2 tahun (dari 9 April 2011 - 8 April 2013), blog ini telah memuatkan 111 artikel kesaksian dan sebagainya. Kini kami dengan bangganya mengumumkan artikel-artikel paling popular (yang mendapat pageview tertinggi) di kalangan para pembaca mengikut kategorinya masing-masing...