Nick Vujicic, penceramah motivasi tanpa lengan dan kaki telah datang ke Malaysia beberapa hari yang lalu atas undangan Jeffrey Cheah Foundation untuk memberikan ceramah di Sunway Campus. Berikut ini terjemahan laporan artikel Astro Awani mengenai lawatan dan ceramah Nick di Sunway Campus, Petaling Jaya pada 22 Mei 2013.
Selasa, 28 Mei 2013
Kesaksian Peribadi Nick Vujicic (Lelaki Tanpa Lengan dan Kaki)
![]() |
| Nick Vujicic |
Namaku Nick Vujicic dan aku bersyukur telah dilahirkan 30 tahun yang lalu tanpa lengan dan kaki. Aku tidak akan berpura-pura bahawa hidup adalah mudah tetapi dengan kasih daripada ibubapaku, orang-orang tersayang dan iman dalam Tuhan, aku telah menghadapi kesukaranku dan hidupku kini penuh dengan sukacita dan tujuan. Aku kini tinggal di California dengan isteriku, Kanae, dan kami gembira melihat kehidupan orang berubah untuk kebaikan dan disentuh dalam apa jua cara. Adalah harapanku agar hidupmu akan diimpak secara positif oleh kisahku.
Sabtu, 18 Mei 2013
Blog domba2domba Mencapai 100,000 Paparan Halaman!
Segala puji syukur kepada Tuhan, blog domba2domba telah mencapai paparan halaman (pageviews) yang ke 100,000 hari ini.
Sungguh tidak kusangka sewaktu aku memulakan blog ini pada 9 April 2011 bahawa pada suatu hari ianya akan mencecah angka seperti ini.
Aku juga berterima kasih kepada semua kawan-kawan dan pembaca-pembaca setia blog ini kerana andalah yang memberi inspirasi kepadaku untuk terus menulis.
Khamis, 16 Mei 2013
Bila, Mengapa dan Bagaimana Kristian Menggunakan Kata "Allah" - Persekutuan Kristian Malaysia
![]() |
| Sejarah penggunaan kalimah 'Allah' oleh umat Kristian sejak dahulu (grafik The Malaysian Insider) |
Christian Federation of Malaysia (Persekutuan Kristian Malaysia) hari ini telah mengeluarkan lembaran fakta kepada gereja-gereja di Malaysia mengenai sejarah penggunaan kalimah 'Allah'.
16 MEI — Tujuan dokumen ini adalah untuk
menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian yang tidak faham bila,
kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata “Allah”. Ia
juga untuk orang Kristian yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila
berhadapan dengan orang bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata “Allah”
dalam agama Kristian.
Isnin, 13 Mei 2013
Dimurnikan Seperti Perak
Ayat itu membingungkan wanita-wanita itu dan mereka tertanya-tanya bagaimana kenyataan itu menunjukkan sifat dan keperibadian Allah. Seorang daripada wanita itu menawarkan diri untuk mencari maklumat tentang proses memurnikan perak dan melaporkan kepada yang lain pada sesi pengajian Alkitab yang akan datang.
Selasa, 7 Mei 2013
Choo Thomas, Penulis "Heaven Is So Real" Kembali Ke Pangkuan Tuhan
Kisah Di Sebalik Global Day of Prayer (Hari Doa Global)
![]() |
| The Global Day of Prayer telah bermula dari penglihatan yang diberikan Tuhan kepada seorang usahawan Afrika Selatan pada tahun 2000 |
The Global Day of Prayer (Hari Doa Global) 2013 akan diadakan dalam dua hari lagi. Acara ini dijangka akan melibatkan umat Kristian dari 220 negara di seluruh dunia di lokasi tempatan masing-masing dari 9 - 19 Mei 2013 dengan kemuncaknya pada Hari Pentakosta (Ahad 19 Mei 2013). Global Day of Prayer ini telah bermula setelah seorang usahawan di Cape Town, Afrika Selatan menerima penglihatan yang jelas daripada Tuhan pada tahun 2000. Bacalah bagaimana gerakan doa ini yang bermula dengan sekumpulan kecil orang telah menjadi gerakan doa sedunia....
Ahad, 5 Mei 2013
Kenyataan Pastoral Dari Gereja-Gereja Bumiputera Di Sabah Dan Sarawak
![]() |
| Reverend Datuk Bolly Lapok |
Tiga hari yang lalu, aku terbaca sebuah artikel di internet mengenai kenyataan pastoral dari gereja-gereja Bumiputera di Sabah dan Sarawak mengenai isu-isu yang dihadapi oleh umat Kristian di Malaysia. Semalam aku telah menjumpai kenyataan penuh tersebut bertarikh 2 Mei 2013 yang dikeluarkan oleh Rev. Datuk Bolly Lapok, pengerusi Association of Churches in Sarawak (ACS). Berikut ialah kenyataan pastoral tersebut dalam keseluruhannya;
Jumaat, 3 Mei 2013
Pertikaian Kalimah ‘Allah’ Kerana Undang-Undang Tak Munasabah, Kata Gereja Malaysia Timur
![]() |
| Rev. Datuk Bolly Lapok |
KUALA LUMPUR, 3 Mei — Kontroversi isu kalimah “Allah” bukan
tentang agama, tetapi kerana “polisi dan undang-undang kerajaan”, kata wakil
gereja Sabah dan Sarawak hari ini menjelang pilihan raya pada Ahad ini.
Gereja bumiputera di Sabah dan Sarawak mengeluarkan
kenyataan pastoral semalam menggesa penganut Kristian untuk bersuara terhadap
ancaman membakar kitab suci mereka dan polisi kerajaan yang menghalang kumpulan
minoriti itu daripada menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk Tuhan mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)








