Khamis, 23 Mei 2019

John Bevere: 4 Jenis Bahasa Roh Dalam Alkitab (Bahagian 2)


(Sambungan dari Bahagian 1)

Oleh John Bevere:

Yang kedua adalah bahasa roh yang diberikan untuk ditafsirkan. Yang kedua ini juga adalah untuk pelayanan awam.

2. Bahasa Roh Yang Diberikan Untuk Ditafsir

Bahasa roh ini adalah bahasa-bahasa syurgawi di mana tidak ada bahasa sepertinya di bumi. Kamu mungkin tanya, "Bahasa-bahasa syurgawi, adakah lebih dari satu bahasa syurgawi di syurga?" Ya, ada. Tahukah anda bahawa Yesus mempunyai satu nama yang tiada orang tahu selain dirinya sendiri? Tahukah anda bahawa Dia akan memberikan anda sebiji batu dan ada sesuatu tertulis padanya yang hanya anda dan Dia akan mengetahuinya?

Ada bahasa-bahasa syurgawi, oleh itu janganlah merasa hairan mengenainya. Saya tidak tahu bagaimana semua itu berlaku, tetapi saya tahu itulah yang dikatakan Alkitab. 

Apabila seseorang mula mengucapkan sesuatu bahasa syurga, ianya bukan suatu bahasa dunia yang kita tidak tahu dan tidak pernah belajar tetapi orang lain ketahuinya. Ini adalah bahasa yang sama sekali berbeza yang tidak seorang pun di muka bumi mengetahuinya, dan secara jujur itulah tiga jenis bahasa roh yang seterusnya. 

Saya masih ingat ketika saya berada di Singapura, dan saya nak beritahu anda bahawa saya tidak akan pernah melupakan itu sepanjang hidup saya. Saya sedang bersiap untuk berkhutbah kepada sebuah gereja yang besar di situ. Ada satu beranda dan dengan tiba-tiba seorang lelaki mula berkata-kata dalam suatu bahasa asing. Ianya bukan sesuatu bahasa dunia. Ianya sungguh menakjubkan. Saya duduk di sana dan bulu-bulu roma di lengan saya menjadi tegak. 

Dan kemudian lelaki itu mulai mentafsirkan bahasa roh itu. (Jadi anda perlu faham, bahasa ini tidak diterjemahkan, ianya ditafsirkan sebab ianya adalah bahasa syurgawi). Dan lelaki itu mula mentafsirkannya, dan tafsirannya adalah mesej yang saya akan khutbahkan pada malam itu. "Wah alangkah hairannya!" Semua bulu roma saya menjadi tegak. 


Itu adalah bahasa roh yang diberikan untuk ditafsirkan. Itu sebenarnya adalah salah satu daripada sembilan kurnia Roh Kudus yang dinyatakan dalam 1 Korintus. Inilah bahasa roh dalam kategori yang Paulus tanyakan soalan, "√Ądakah semua orang berbahasa roh?" Biarlah saya baca dalam konteksnya (1 Kor 12:28-30):

"Dan Allah telah menetapkan beberapa orang dalam Jemaat: pertama sebagai rasul, kedua sebagai nabi, ketiga sebagai pengajar. Selanjutnya mereka yang mendapat karunia untuk mengadakan mujizat, untuk menyembuhkan, untuk melayani, untuk memimpin, dan untuk berkata-kata dalam bahasa roh. 

"Adakah mereka semua rasul [tidak], atau nabi [tidak], atau pengajar [tidak]? Adakah mereka semua mendapat karunia untuk mengadakan mujizat [tidak], atau untuk menyembuhkan [tidak].

"Adakah semua berkata-kata dalam bahasa roh -- apakah bahasa roh yang sedang dikatakan Paulus? Iaitu bahasa roh yang awam dalam bahasa syurgawi, yang tidak difahami oleh sesiapa. Jawabnya adalah tidak. 

"Adakah semua mentafsirkan? Jawapannya tidak. Paulus sedang mengatakan mengenai kurnia-kurnia pelayanan yang Allah telah tetapkan dalam gereja untuk pelayanan awam. Pasti sekali tidak semua adalah rasul, atau nabi, atau guru, atau pastor, atau mempunyai kurnia mukjizat dan penyembuhan. Dan tidak semua memiliki kurnia pelayanan berbahasa roh atau penafsiran bahasa-bahasa syurgawi. 


"Maksud Paulus bahawa tidak semua orang memiliki bahasa roh merujuk kepada bahasa roh untuk pelayanan awam, yakni bahasa roh syurgawi yang diberikan untuk ditafsirkan."



Kenapakah begitu? Jawapannya terdapat dalam ayat yang berikut, 1 Korintus 14:22-23. Perhatikan baik-baik:

"Kerana itu karunia bahasa roh [dan bahasa roh yang Paulus katakan di sini adalah bahasa roh sebagai tanda] adalah tanda, bukan untuk orang yang beriman, tetapi untuk orang yang tidak beriman.... Jadi kalau seluruh Jemaat berkumpul bersama-sama dan tiap-tiap orang berkata-kata dengan bahasa roh [sekarang dia mengatakan mengenai bahasa roh yang dberikan untuk ditafsir iaitu bahasa syurgawi], lalu masuklah orang-orang luar atau orang-orang yang tidak beriman, tidakkah akan mereka katakan, bahawa kamu gila?"

Jadi Paulus katakan bahasa roh adalah sebagai tanda, dan kemudian dia katakan pula jika anda berbahasa roh, mereka akan katakan kamu gila. 

Jika anda tidak memahami bahawa ada 4 jenis bahasa roh yang berbeza dalam Perjanjian Baru, anda akan berfikir bahawa Paulus telah bercanggah dengan dirinya sendiri! Bahasa roh adalah tanda untuk orang-orang tidak beriman, dan kemudian dia berkata orang-orang tidak beriman akan mengatakan kamu gila?

Paulus tidak bercanggah dengan dirinya! Yang pertamanya dia mengatakan bahasa roh adalah tanda, iaitu apabila anda berbahasa roh dalam sesuatu bahasa dunia yang anda tidak pernah pelajari. Seperti dalam kisah guru Perancis, itu adalah tanda. 

Tetapi jika kita semua berbahasa roh, bahasa syurgawi itu apabila guru Perancis itu masuk, dia akan berkata kamu semua tidak siuman dan gila. 

Itulah dua jenis bahasa roh yang berbeza untuk pelayanan awam.




Marilah kita lihat jenis bahasa roh yang ketiga... 


<    1     2     3     4     >