Ryan Hall akan berlari dalam acara maraton di Olimpik London 2012,
dalam perlumbaan yang berjarak 26.2 batu (42.2 km)
Ryan Hall, pelumba maraton dari Amerika Syarikat |
Berlari ialah waktunya pelumba maraton, Ryan Hall berasa paling dekat kepada Tuhan. Pada Olimpik tahun 2008, dia mendapat tempat kedua di antara pelumba Amerika Syarikat, dan tempat kesepuluh secara keseluruhan. Tidak mungkin lebih teruk lagi dan harapnya akan bertambah baik, dan tempat ketiganya pada Maraton Boston 2009 sepertinya mengesahkan harapannya itu.
Tetapi menjelang 2010, dia keletihan, setiap langkah terasa berat. “Aku merasa seperti orang yang tidak bernyawa,” katanya.
Berlatih lebih kuat. Itulah nasihat jurulatihnya. Jadi itulah yang dia
lakukan. Dia mendapat tempat ketigabelas di separuh maraton Philadelphia.
Maraton Chicago hanya dua minggu lagi. Dia tidak dapat melakukannya. Dia
menarik diri. Sudahkah dia kehilangan daya juang untuk menang? begitu soal
jurulatihnya. Ryan sendiripun terfikir juga.
Pada suatu Ahad di gereja dia mendengar satu suara: Percayalah kepada-Ku.
Biarlah Aku menjadi jurulatihmu. Waktu itu juga, pendeta pun berhenti di tengah
khutbahnya. “Saat ini Tuhan sedang berbicara dengan seorang peribadi di gereja
ini,” katanya. “Jangan takut. Dengar saja dan ikut pimpinan-Nya.”
Ryan Hall beribadah di Gereja Bethel di Redding, California |
Ryan telah membesar dalam keluarga Kristen yang komited. Tetapi ini
rasanya pelik. Dia dalam kedudukan paling menurun dalam hidupnya. Dia
memerlukan jawapan, fikirnya, arah yang jelas, bukannya suatu suara misteri di
kepalanya.
Ayahnya, iaitu jurulatih pertamanya, pernah selalu mengatakan kepadanya
”Hati yang riang membuat larian yang pantas.” Pada waktu itu dia berasa sungguh
tidak riang, semuanya seperti tidak mengena. Apakah yang kekurangan? Tuhan
memang menjadi sebahagian daripada kehidupannya. Tetapi adakah Ryan
sungguh-sungguh menginginkan pimpinan-Nya? Dan bersandar sepenuh kepada-Nya?
Semakin dia memikirkannya, semakin dia ingin merasakan itu. Dia
meninggalkan jurulatihnya. Kemudian dia berdoa, doa yang menginsafi diri,
seperti yang tidak pernah didoakannya. “Tolong aku, Tuhan,” dia merayu, “Aku
memerlukan Engkau. Apakah yang Engkau mahu aku lakukan?”
Ryan Hall mendahului sewaktu berlari dalam Maraton Boston 2011 |
Dia perlu membuat larian berbatu-batu, fikirnya, berusaha lebih kuat
setiap hari, untuk kembali ke keadaan terbaik.
Tetapi pelik juga, pada malam hari sewaktu dia menenangkan diri untuk
mendengar firman Tuhan, dia mendapat pesanan yang berbeza: Relaks. Jarakkanlah
latihanmu yang paling berat. Dan sehari dalam seminggu, langsung jangan
berlatih. Biarlah tubuhmu dan mindamu berehat. Berikan hari itu kepada-Ku.
Bagaimanakah mengurangkan latihan dapat menambahkan kelajuannya?
Dia berlari dengan keras cuma dua kali seminggu, 10 larian berjarak sebatu,
setiap satu dalam lima minit, kemudiannya larian melegakan tubuh pada waktu
petang. Pada hari-hari lain dia membuat latihan yang lebih bersahaja, larian
sebatu dalam masa tujuh minit. Pada hari Ahad dia meluangkan masa bersama
isterinya, dalam doa dan pengkajian Alkitab. Tiada larian pada hari tersebut.
Ryan Hall bersama isterinya, Sara yang juga seorang pelari jarak jauh, selepas berjaya melayakkan diri dalam Kelayakan Pasukan Olimpik Amerika Syarikat untuk acara maraton pada 12 Januari 2012 |
Ryan dengan segera dapat melihat perbezaannya. Bukan juga dalam
kepantasan lariannya, tetapi dalam rasa dirinya – lebih ringan, diperbaharui,
dalam tubuh dan jiwa.
“Aku tak pernah melihat kau begitu riang,” kata isterinya. “Kau seperti
orang yang berbeza.” Untuk pertama kali dalam masa bertahun-tahun, dia bangun
dari tidur dengan kesukaan untuk pergi berlari, setiap langkah menjadi
kesempatan untuk mendekati lagi Tuhan.
Berita tentang cara latihannya yang unik mula tersebar. Dia bertemu
dengan pelbagai orang yang menyatakan rasa terpanggil untuk menyertai
pasukannya, iaitu seorang pakar pemakanan, seorang jurulatih kekuatan, seorang
pakar tulang belakang dan seorang tukang urut terapi.
Ryan dalam Maraton Boston 2011 telah mencatatkan masa terpantas yang pernah dicatat oleh seorang warga Amerika Syarikat |
Pada suatu hari, semasa pembacaan Alkitabnya, dia terbaca ayat dalam
Amsal: “Jikalau penasihat banyak, keselamatan ada.”
Tetapi bagaimana pula soalan yang masih menunggu jawapan, adakah dia
akan cukup pantas semasa pertandingan? Pada April 2011, dia telah berlari dalam Maraton Boston. Pelumba-pelumba Kenya berlari dengan pantas sekali dalam
kelajuan yang memecah rekod. Ryan mendapat tempat keempat secara keseluruhan,
dengan masa 2:04.58, masa yang paling pantas pernah dicatat oleh seorang warga
Amerika Syarikat.
Dia akan pergi ke London dengan rasa segar dan relaks. “Aku tidak
selalunya tahu apakah yang aku lakukan,” Ryan mengaku. Tetapi Jurulatihnya
tahu.
(Diterjemah dari artikel Guideposts "Each Stride Brings Him Closer to God" yang ditulis oleh Evan Miller)
(Diterjemah dari artikel Guideposts "Each Stride Brings Him Closer to God" yang ditulis oleh Evan Miller)