Pada September 2015, penduduk New York telah mendapat permandangan pelangi di atas langit One World Trade Center pada hari sebelum ulangtahun ke-14 serangan 11 September. Berikut liputan dari USA Today:
Pelangi yang khusus ini lebih bermakna kepada penduduk New York dari satu lengkung cantik yang menghiasi langit selepas hujan.
Imej yang cantik itu kelihatannya datang dari One World Trade Center pada hari sebelum ulangtahun ke-14 serangan pengganas 11 September 2001.
Ramai orang di media sosial telah berkongsi gambar-gambar mengkagumkan itu. Ramai orang telah diinspirasikan kejadian semulajadi itu, menggunakan hashtag #neverforget dan #remember911.
The fact a rainbow emerged from the World Trade Center today on the day before 9/11 is truly amazing. #NeverForget pic.twitter.com/DXLxgnbwWa— Cheer is Everything (@FierceSport) September 11, 2015
#magicalrainbow few more photos I took of the Rainbow originating from World Trade Center the day before 9-11 pic.twitter.com/REtmljuYBz— Ben Sturner (@leverageagency) September 10, 2015
Taken today #rainbow over The Freedom Tower in #NewYorkCity #NewYork #Remember911 Very #beautiful pic.twitter.com/wLOnMyhzwr— Tracey K. DeVito (@Traceyk224) September 10, 2015
-------------------------------
Update 10 September 2016: Pada tahun ini, jurufoto yang sama, Ben Sturner telah mengambil foto One World Trade Center dengan pancaran cahaya ke atas bangunannya pada hari Khamis yang sama setahun selepas foto pelanginya itu. Foto ini juga telah dikongsikan dengan meluas di sekeliling dunia menjelang ulangtahun ke-15 serangan 11 September pada tahun ini.
Berikut adalah mesej tweet berserta foto oleh Ben Sturner pada 8 Sept 2016:
Photos taken on the same Thursday before #9-11 one year apart. A ray of light shining on One World Trade Center pic.twitter.com/ZMIRWpSWk6— Ben Sturner (@leverageagency) September 9, 2016
Sambil penduduk dunia memperingati mereka yang terkorban dalam serangan 9/11 (11 September) pada 2001, marilah kita berdoa untuk kasih dan penyembuhan Tuhan bagi penduduk New York dan Amerika Syarikat.