Taya Smith, penyanyi vokal utama Hillsong United untuk lagu "Oceans" |
Lagu Hillsong "Oceans" mendapat perhatian lagi apabila dipersembahkan di Today Show beberapa hari lepas (6 September 2016). Dalam artikel bertarikh 10 Jun 2015, Christianity Today melaporkan mengenai kejayaan dan sambutan kuat untuk lagu ini:
Kumpulan muzik penyembahan berpengaruh dari Hillsong Church, Sydney telah menciptakan sebilangan lagu-lagu penyembahan kegemaran orang-orang Kristian evangelikal untuk dekad yang lepas: "Mighty to Save," "Desert Song," "The Stand," dan banyak lagi.
Tetapi "Oceans (Where Feet May Fail)" oleh Hillsong United telah mengatasi semua itu dengan kuasa komersialnya yang terus bertahan.
Berasal dari Zion, album Hillsong yang paling laris dan cepat jualannya, "Oceans" yang kini telah mencapai taraf platinum, telah pertama kalinya menduduki tempat teratas carta pada Disember 2013, di mana ianya bertahan sebagai No.1 untuk 50 minggu secara berterusan - satu lagi rekod,
Di YouTube, video lirik sepanjang 9 minit untuk "Oceans" telah mendapat 35 juta tontonan, lebih daripada mana-mana lagu lain yang pernah dimuat naik oleh Hillsong, dan satu persembahan di studio Relevant Magazine masih terus menjadi sangat popular dengan 17.5 juta tontonan.
Para penyembah telah menyanyikan "Call me out upon the water..." di beratus-ratus pertemuan Kristian; "Oceans" pada waktu kini di ranking ke-3 di kalangan lagu-lagu yang dilesenkan kepada gereja-gereja melalui CCLI. Tambahan lagi, lagu itu juga mendapat liputan dalam arus perdana: penyanyi pop Selena Gomez mengatakan bahawa dia memainkan lagu itu dalam bilik persalinannya, dan seorang peserta mempersembahkan lagu itu dalam "The Voice" musim yang terbaru.
Mengapakah "Oceans" begitu popular? Apakah pendapat anda?
(Dipetik dan diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christianity Today bertajuk "'Oceans' Keep Rising" yang ditulis oleh Kate Shellnutt bertarikh 10 Jun 2015)