John Sherill |
Sherill dengan isterinya, Elizabeth, telah menulis bersama buku-buku bestseller, The Cross and the Switchblade dengan David Wilkerson; God's Smuggler dengan Brother Andrew; dan The Hiding Place dengan Corrie ten Boom.
Selama 66 tahun sebagai editor dan penulis untuk Guideposts, dia telah membantu membentuk majalah yang menginspirasikan itu dan melatih beratus-ratus penulis Kristian.
Editor eksekutif Guideposts, Rick Hamlin mengingati Sherill sebagai "sentiasa jujur, sentiasa ingin bertumbuh dalam iman, sentiasa siap untuk menceritakan sebuah kisah yang mengubah kehidupan, samada kisahnya sendiri atau kisah orang lain."
Seorang bekas tentera Perang Dunia Ke-2 dan anak seorang ahli teologia, Sherill tertarik kepada kisah-kisah yang menunjukkan pergerakan Roh Kudus yang berkuasa, yang mana dia telah ceritakan dalam bukunya mengenai karunia karismatik, They Speak With Other Tongues.
Senarai 2006 Christianity Today untuk 50 buku terbaik yang telah mencorakkan para evangelikal telah menggelar suami-isteri Sherill itu, "Pengarang-pengarang Kristian paling berpengaruh yang anda tidak kenal." Pasangan itu juga telah mengasaskan bersama label penerbitan Chosen Books, yang penerbitan pertamanya adalah buku Chuck Colson, Born Again.
"Seorang lelaki yang berhikmat, pencinta Tuhan, suami yang setia, seorang lelaki yang penuh kesungguhan melihat semua Kristian menjalani hidup yang dipenuhi Roh Kudus," begitu kata-kata penghormatan daripada Chosen, kini sebahagian daripada Kumpulan Penerbitan Baker. "Kami menganggap sebagai penghormatan untuk meneruskan legasimu dalam menyediakan sumber-sumber mengenai kuasa Roh Kudus dan dalam kasih mendalam untuk umat Tuhan."
Sherill telah menjadi mentor dan telah melatih rakan-rakan penulis karismatik, termasuk mendiang Jamie Buckingham - yang telah menulis biografi Nicky Cruz, Pat Robertson dan Katryn Kuhlman - dan juga Steve Strang, pengasas dan penerbit majalah Charisma.
"Bagi saya, John Sherill merupakan ikon ketika saya bermula sebagai penulis dan editor," kata Strang. Dia menganggap Sherill sebagai "salah satu penulis terulung generasi ini."

3 buku bestseller Kristian terkenal oleh John dan Elizabeth Sherill |
"Kami juga pernah bertanya diri kami soalan yang sama," jawabnya. "Saya tidak fikir bahawa buku-buku menjadi laris atau tidak laris bergantung saja pada kualiti penulisannya. Saya fikir ianya bergantung pada menangkap sesuatu yang ada pada suasana semasa - yang diperlukan orang. ...Saya fikir kesemua tiga buku itu telah menangkap sesuatu yang orang perlukan pada waktu itu.
"Itu mungkin satu sebab mengapa buku-buku itu telah bertahan untuk waktu yang lama dan telah menjual 50 juta naskah."
Suami-isteri Sherill itu pernah tinggal dan menulis di Afrika, Amerika Selatan dan England. Hamlin mengatakan bahawa pasangan itu mencari berita dan kisah ke manapun mereka pergi. John Sherill telah menulis untuk penerbitan itu, termasuk menulis artikel mengenai tahun-tahun awalnya, sehinggalah usia 90annya.
Dia telah meninggal dunia di rumahnya di luar Boston, Massachusetts, beberapa minggu sebelum rencananya dan isterinya Elizabeth untuk merayakan ulangtahun perkahwinan ke-70 mereka. Sherill meninggalkan tiga anak, lapan cucu, dan tiga cicit.
(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Today bertajuk, "Died: 'God's Smuggler' and 'The Cross and the Switchblade' Coauthor John Sherill" yang ditulis oleh Kate Shellnutt bertarikh 7 Disember 2017)