Gereja baharu Anglikan St Francis di Kota Samarahan |
Kota Samarahan, 29 Sept: Gereja Anglikan St Francis yang baru dibina di sini telah ditahbiskan dengan lebih daripada 1,000 anggota jemaat menghadiri kebaktian petang ini.
Paderi yang mengetuai Gereja St Francis, Reverend Canon Dennis Gimang mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama-Agama Lain (Unifor) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, atas sumbangan RM1 jutanya kepada tabung pembangunan gereja.
"Idea untuk membina gereja baharu telah muncul kerana pertumbuhan populasi yang pesat di Kota Samarahan. Saya datang ke sini (ke gereja ini) pada 2011. Kapasiti gereja lama boleh memuatkan lebih kurang 350 orang, dan dengan pembinaan kawasan-kawasan perumahan di kawasan ini, kami tiba-tiba menyedari bahawa ramai orang datang ke gereja kami dan memenuhi gereja, dan kami tidak ada ruang lagi untuk memuatkan mereka.
Rev Canon Dennis Gimang |
"Jadi kami lakukan usaha memperbesarkan gereja, tetapi usaha itu gagal menampung jumlah orang yang makin bertambah yang datang ke gereja pada setiap Ahad," kata Rev Dennis.
Idea untuk bangunan baharu gereja itu telah ditimbulkan pada 2015, dan kini ianya telah menjadi kenyataan.
Bangunan baharu gereja, dia menjelaskan, dapat menampung 1,000 anggota jemaat pada bila-bila masa, dan tambahan 200 orang lagi dengan kerusi-kerusi tambahan.
Lebih 1,000 anggota jemaat mengikuti kebaktian pentahbisan Gereja St Francis |
Jumlah kos untuk gereja itu, termasuk perlengkapan adakah lebih kurang RM5 juta, oleh itu gereja masih perlu mencari dana RM3 juta lagi, tambahnya.
"Kami telah memohon kepada Unifor untuk membantu kami mendapatkan dana tambahan itu, dan kami berharap mereka dapat membantu kami," kata Rev Dennis.
Kebaktian pentahbisan itu dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Iban.
(Diterjemahkan daripada artikel Dayak Daily bertajuk, "New St Francis' Anglican Church Consecrated" bertarikh 29 September 2019)