KUCHING: Seorang demi seorang mereka rebah dan berbaring di lantai selepas menerima pengurapan Roh Kudus.
Mereka adalah pemimpin-pemimpin gereja dari denominasi berbeza yang telah diundang oleh Pastor Philip Mantofa untuk bersamanya di pentas pada hari kedua Malam Pentakosta pada Ahad lalu di Padang Jubilee.
Ianya adalah pengalaman yang menguatkan dan merendahkan hati bagi mereka.
Dengan menggunakan sapu tangannya sendiri, pastor yang berpusat di Surabaya itu telah mengelap kaki-kaki pemimpin-pemimpin gereja dari bishop besar ke paderi-paderi senior dan pastor-pastor gereja-gereja protestan tempatan, sebelum mereka direbahkan oleh kuasa Roh Kudus.
Amalan mencuci kaki adalah tanda dan teladan kerendahan hati dan kasih dan telah dilakukan oleh kebanyakan gereja tradisi utama pada hari Khamis semasa Minggu Suci sebelum Hari Easter.
Pemimpin-pemimpin gereja pelbagai denominasi di Malam Pentakosta |
Di antara pemimpin-pemimpin gereja yang menerima pengurapan Roh Kudus adalah Bishop Besar, Simon Poh dari Gereja Roman Katolik, Bishop Anglikan Danald Jute dan paderi-paderi senior serta pastor-pastor dari Methodist, Baptist, SIB dan gereja-gereja protestan tempatan.
Sejurus setelah bangkit berdiri, mereka berlutut dengan tangan yang terhulur untuk memuliakan Yang Maha Kuasa, dan ramai daripada mereka berlinangan air mata, dalam pandangan penuh orang ramai.
Didorong oleh pengurapan ke atas pemimpin-pemimpin gereja mereka masing-masing dan tindakan rendah hati mereka, orang ramai yang berjumlah 50,000 orang itu mengangkat tangan dan menyanyi dengan kuat mengisytiharkan, "Holy Spirit, my best friend".
Kesatuan Kristian telah terjadi dan Roh Kudus adalah kuasa yang tidak dapat dikalahkan yang telah membawa bersama denominasi-denominasi itu.
(Diterjemahkan daripada artikel Dayak Daily bertajuk, "Church Leaders Overwhelmed By Humility At Pentecostal Night" bertarikh 18 September 2019)