Isnin, 29 Disember 2014

Penerbangan AirAsia QZ8501 - Keluarga Sii Dari Sarawak Berdoa Untuk Keselamatannya



Ahli-ahli keluarga Sii Chung Huei, satu-satunya penumpang Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang kehilangan dalam perjalanan Surabaya ke Singapura pagi semalam, sedang berdoa untuk keselamatannya. 

Sumber yang rapat dengan keluarga berkata ahli-ahli keluarga Sii, yang kebanyakannya Kristian, sedang mencari penghiburan dan pengharapan melalui doa.

"Apabila saya mendengar mengenai insiden Air Asia itu, saya sudah mula risau, sebab itu ialah perjalanan yang sering diikuti oleh suami saya dan Sii. Sebelum 10 pagi, saya telah ditelefon oleh suami saya, mengesahkan bahawa Sii, 56 tahun, menaiki kapal terbang itu."

Dia berkata keluarga Sii telah menerima panggilan telefon dari Singapura mengesahkan bahawa Sii telah mengikuti penerbangan yang kehilangan itu.

"Mereka berharap untuk berita yang baik. Mereka berdoa untuk mengekalkan semangat dalam keluarga. Dua ahli keluarga yang bekerja di Singapura sedang berjaga di Lapangan Terbang Changi."

Hanya dua ahli keluarga itu yang berada di republik itu pada masa ini untuk mendapat maklumat terbaru.

Ini adalah pernantian yang mengecewakan bagi keluarga Sii, dia mengakui.

Maklumat yang telah diterima oleh keluarga itu setakat ini ialah kapalterbang itu telah hilang, dan sejurus sebelum kehilangan itu, juruterbang telah meminta penukaran laluan perjalanan kerana cuaca buruk.

"Itu saja maklumat yang mereka dapat. Tetapi mereka tidak berputus asa."

Sehingga waktu berita ini dikeluarkan, dia berkata keluarga Sii belum lagi memberitahu ibunya yang berumur lebih 80 tahun, yang menghidap penyakit jantung. 

Sii, yang memiliki tiga anak, termasuk seorang anak lelaki, berasal dari Bintangor, dan dia bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat balak di Surabaya. Dia sering mengikuti penerbangan di antara Indonesia dan Sarawak. 

Dia telah menempah penerbangan sehari selepas Krismas. 

Sumber itu mengatakan bahawa ada enam adik-beradik dalam keluarga itu. dan Sii adalah yang ketiga di kalangan adik-beradik itu. 

Keluarga Sii telah berpindah ke Kuching dari Sibu, kata sumber itu. 

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Borneo Post bertajuk, "Malaysia's Sii Family Prays For His Safety" penulisan Raymond Tan bertarikh 29 Disember 2014)