Berikut enam jenis lelaki yang anda harus elakkan dalam menjalin persahabatan atau perhubungan:
Anda juga boleh mengikuti artikel kami yang sebaliknya ( 6 Wanita Yang Lelaki Kristian Harus Elakkan Dalam Berpacaran)
Lelaki Yang Tidak Meletakkan Tuhan Di Tempat Yang Pertama
Saya percaya inilah faktor yang paling penting sekali. Jika seorang lelaki tidak meletakkan Tuhan di tempat pertama dalam hidupnya, dia kemungkinan meletakkan anda jauh ke bawah dalam senarai keutamaannya. Seorang lelaki yang meletakkan Tuhan di tempat terutama dalam hidupnya juga kemungkinan memberi penghargaan tinggi kepada teman wanita atau isterinya kerana lelaki telah diperintahkan untuk mengasihi isteri mereka seperti Kristus mengasihi gereja dan memberi diri-Nya untuknya (Efesus 5:25)
Lelaki Yang Dikuasai Oleh Hobi
Isteri saya minat ragbi dan bola keranjang kolej, dan juga NFL, tetapi dia tidak dikuasai olehnya. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan keluarga dan ketinggalan satu perlawanan daripada terikat terus ke TV sehingga permainan itu ataupun siri permainan-permainan tamat. Jika seorang lelaki dikuasai oleh hobinya, anda akan berada di tempat kedua kepada apapun yang menguasainya. Tidakkah anda menginginkan seorang lelaki yang kesungguhannya memuliakan Tuhan terlebih dahulu dan selepas itu memberi tempat seterusnya kepada isteri atau teman wanitanya?
Lelaki Yang Melayani Dengan Buruk Ibunya
Seorang lelaki yang berkata dengan kasar atau melayani dengan buruk ibunya kemungkinan akan melayani wanita lain dalam hidupnya dengan cara yang sama. Dia telah melanggar Hukum Musa yang kelima untuk menghormati ayah dan ibunya. Ada kaitan yang kuat antara cara seorang lelaki melayani ibunya dengan cara dia melayani teman wanita atau isterinya. Ini adalah tanda amaran yang penting jika dia kasar atau melayani dengan buruk ibunya.
Lelaki Yang Hanya Mengambil Berat Dirinya Sahaja
Saya pernah mendengar mengenai seorang wanita yang mengadu bahawa suaminya memperlakukan diri seperti Tuhan. Dia mahu segalanya kecuali saja disembah. Segala sesuatu haruslah berkenaannya dan dia ingin sentiasa menjadi pusat segala perhatian. Sebenarnya Tuhan sahaja yang layak untuk kedudukan itu, dan tidak seorang lelaki pun yang harus mengambil tempat itu, perempuan harus cepat-cepat mengelakkan lelaki seperti itu.
Lelaki Yang Berlaku Kasar Terhadap Haiwan
Wanita, anda harus memperhatikan bagaimana seorang lelaki bertindak terhadap haiwan peliharaannya atau haiwan lain. Semua haiwan adalah juga ciptaan Tuhan dan kita baca dalam beberapa fasal awal Kejadian bahawa Allah mengatakan "dan semuanya itu baik" dan ini termasuk penciptaan haiwan, oleh itu jika seorang lelaki bertindak dengan kasar atau tidak mempedulikan kebajikan mereka, saya akan mengelakkan diri terus dari lelaki itu.
Bagaimanakah Dia Semasa Bersama Kanak-Kanak?
Satu lagi tanda amaran penting ialah seorang lelaki yang tidak suka kanak-kanak ataupun tidak suka bersama-sama dengan mereka. Kanak-kanak adalah sangat berharga kepada Tuhan, dan jika lelaki ini adalah bakal pasangan anda dan ayah kepada anak-anak anda tetapi dia langsung tidak suka bersama kanak-kanak atau sering menjadi pemarah apabila bersama mereka, ambillah amaran ini sebab dia mungkin melayani mereka dengan lebih buruk lagi apabila dia memiliki keluarganya sendiri dan anda kemungkinannya lebih baik tanpa lelaki yang seperti ini.
Semoga Tuhan memberkati anda dengan limpahnya,
Pastor Jack Wellman
(Diterjemah daripada artikel Faith In The News bertajuk, "6 Men Christian Women Should Avoid" penulisan Jack Wellman)
(Diterjemah daripada artikel Faith In The News bertajuk, "6 Men Christian Women Should Avoid" penulisan Jack Wellman)