Rabu, 25 Februari 2015

Pelancaran Album "REAL" - Album Sulung BWCC

Ahli-ahli BWCC dan penerbitan album "REAL" bergambar semasa pelancaran album.

Jason Law dari laman web Christianity Malaysia membuat liputan sempena pelancaran album "Real" oleh sebuah gereja BM di Kuala Lumpur:

Bagi sebuah gereja yang masih muda, Breakthru' Worship Community Church di Bandar Sri Permaisuri telah mencapai satu mercu kejayaan dalam sejarahnya. Pada hari Sabtu (7 Februari 2015), gereja itu telah melancarkan album sulungnya. "Apakah yang sangat istimewa mengenai ini?" mungkin ada pembaca yang bertanya. Pertamanya, gereja ini masih muda, dan telah wujud dalam keadaan rasminya sejak Januari 2013. Tambahan lagi, kebanyakan lagu dalam album itu telah ditulis sendiri dengan kualiti tinggi. 

Gereja Breakthru' Worship telah bermula sebagai pusat untuk muda-mudi, dikenali sebagai Charis ECUBE pada 2009. Terletak pada waktu itu di Taman Segar Perdana, Cheras, mereka melayani pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi yang berdekatan, keluarga-keluarga muda dan para pekerja. Di bawah naungan pastor senior Lawrence dari Charis Christian Centre, Breakthru' Worship telah berpindah ke lokasi sekarang dan mengambil nama rasminya dan langkah-langkah pertama ke arah gereja mandiri dengan Pastor Perry Robert melayani sebagai gembalanya.


Pastor Lawrence dan para tetamu disambut semasa pelancaran rasmi album.

Bagi saya yang menghadiri acara pelancaran untuk album tersebut, adalah amat jelas gereja ini dipenuhi oleh anggota-anggota muda yang benar-benar teruja akan hubungan mereka dengan Tuhan, dan saya menyedari bahawa album itu sebenarnya adalah salah satu pernyataan daripada keterujaan mereka. Berpegang pada prinsip "Where Worship Comes Alive" (Di Mana Penyembahan Menjadi Nyata), gereja itu mengambil serius penyembahannya kepada Tuhan. Hubungan erat mereka dengan Tuhan dan di kalangan anggota-anggotanya telah menawan hati ramai orang Kristian lain di kawasan sekitar mereka. 

Winny Jessica Setiawan
dari JPCC Jakarta
Melihat semangat kecintaan kepada Tuhan yang dimiliki oleh gereja itu. Winny Jessica Setiawan yang melayani dalam pasukan penyembahan JPCC yang terkenal di Jakarta, telah menawarkan tenaganya dalam kerjasama mencipta album itu. Kedua-dua majlis pemimpin dan ahli-ahli penerbitan album dan juga mesej video dari Winny Jessica Setiawan, menekankan kepentingan aspek perjalanan iman di sebalik pembikinan album itu.

Winny, yang menjadi Pengarah Vokal dalam projek ini menyatakan bahawa ianya bukan mengenai bakat atau nyanyian, tetapi adalah mengenai usaha membina Kerajaan Allah. "Ianya berkenaan pelayanan, bagaimana kita membina Kerajaan Allah bersama di dunia ini," katanya. "Menerbitkan album ini adalah pengalaman yang menarik, bekerja antara negara dengan BWCC di Malaysia. Kami mengatasi rasa gentar dan cabaran pada awalnya dan menjayakan projek ini. Saya berbangga menjadi sebahagian daripada projek album REAL," dia kongsikan dalam mesejnya kepada gereja itu.

Selain daripada Winny, Ricky Sutanto yang juga memiliki syarikat penerbitannya sendiri, Open Hands Production, berperanan sebagai pengarah muzik projek REAL. Ricky berkongsi bahawa oleh kerana dia hanya pernah menghasilkan single di masa lampau, projek REAL adalah jawapan kepada doanya dalam impian menghasilkan album pertamanya.

Merasmikan pelancaran album, Pastor Lawrence Yap berkata bahawa ini adalah mercu kejayaan yang penting dalam kematangan BWCC sebagai sebuah gereja. "Pelancaran ini adalah langkah penting untuk BWCC, memandangkan gereja ini masih muda. Harapan dan jangkaan saya ialah album ini akan memberkati ramai jiwa," katanya.


Pastor Lawrence  (kanan) melakukan perasmian album "REAL" di BWCC.

"Terdapat harapan besar sepanjang projek ini bahawa album yang disiapkan tidak akan hanya menjadi salah satu album muzik tetapi album yang akan membawa berkat Tuhan dan menjadikan hadirat-Nya nyata (real) kepada umat, Itulah sebab di sebalik nama yang kami pilih untuk album ini. Kami juga memastikan, oleh kerana citarasa berbeza di kalangan orang yang berbeza, akan ada kepelbagaian  dan ada sesuatu untuk setiap orang dalam album ini," kata Pastor Perry Robert.

"Kami terbatas sebagai manusia dan mungkin kami hanya dapat menyatakan secara terbatas kenyataan Allah sebab sebenarnya tidak ada apapun yang dapat benar-benar menyatakan Allah, tetapi saya sangat berbangga dengan semua orang yang terlibat dalam projek ini, kerana mereka semua telah bekerja keras,"


Sesi soal jawab dengan Ricky Sutanto (kiri) dan Pastor Perry Robert (kanan)

Bertajuk "Real",  album ini ialah album yang beraneka, meliputi sedozen lagu, dibahagi sama rata dengan lagu-lagu yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan lagu-lagu yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Tema-tema yang berlanjutan dalam album ini adalah Kristus sebagai gembala yang memimpin umat-Nya, kuasa kasih Tuhan yang mengubah kehidupan, dan kekuasaan Allah. Gaya penyampaian beraneka dari rock rancak ke penyembahan syahdu.


Album "REAL" oleh BWCC

Antara lagu yang menarik perhatian saya ialah "Lead Me" di mana penyanyinya menyatakan "Kasih-Mu telah memberiku hidup baru, kuasa dan kekuatan untuk mengharungi, dalam guruh hujan ribut petir, nama-Mu adalah perisaiku selalu."

Lagu-lagu lain yang menarik ialah "Greatest Love" ("Walau dalam waktu tergelap, anda menyertaiku setiap langkah, kasih karunia-Mu menjadikan segalanya baru"), "Lebih Dari Semua" dengan muzik ditulis oleh Winny Jessica Setiawan dan Ricky Sutanto, dan juga "Kau Raja".


Previu album REAL



Anda boleh membuat pesanan untuk album REAL melalui laman BWCC di sini.

(Diterjemahkan daripada artikel Christianity Malaysia bertajuk, "Young Church Launches Inaugural Album As A Faith Journey" penulisan Jason Law bertarikh 12 Februari 2015)