Datuk Sebastian Ting |
Setiausaha agung Sarawak United People's Party (SUPP), Datuk Sebastian Ting berkata pada hari Selasa bahawa dia menerima pengesahan bahawa Kementrian Pendidikan telah pun menghantar surat pertukaran itu kepada kedua guru itu.
Ting berkata bahawa langkah kementrian itu untuk memindahkan dua guru itu keluar dari Sarawak akan membawa penutupan kepada kontroversi itu.
"Kita mesti sangat berhati-hati mengenai perkara yang sangat sensitif ini supaya tidak menimbulkan masalah yang tidak dingini yang boleh membawa kesan kepada keharmornian di kalangan pelbagai kaum dan agama," dia memberitahu The Star Online.
Menteri Sarawak untuk Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah telah mengesahkan bahawa penukaran agama pelajar itu telah dilakukan tanpa persetujuan daripada ibu bapanya dan oleh kerana dia masih di bawah umur, penukaran agamanya tidak sah.
Itu bererti statusnya kekal sebagai Kristian.