Khamis, 16 April 2015

Pastor SIB Palsu

Berikut ialah respon Pena Rajawali dalam blognya mengenai seorang Pendakwah bernama Farhan Abdullah yang mengaku sebagai "Bekas Pastor Yohanes";

Penjelasan tentang Pendakwah yang mengaku sebagai "Bekas Pastor Yohanes"

Antara yang dia katakan ceramah  dalam dua video ceramahnya (bukan dalam urutan)


Kulit belakang buku "Kristianisasi & Gejala
Murtad" penulisan Ustaz Farhan Abdullah
(Klik gambar untuk imej lebih besar)
1) Dia belajar untuk jadi pastor lapan tahun. 
2) Dia ketua missionaries yang pimpin orang menginjil. 
3) SIB ada van penginjilan dan ada dana Rm 10k. dsb dsb
4) Dia sudah pastor dua tahun. 
5) Dia cakap Namaus berpusat di Bario. 
6) Dia sejak berumur tujuh tahun sudah dilatih jadi "askar Jesus". 
7) Dia dihantar belajar 'freemason", "pre-mission"? (Kurang jelas sebutan)
8) Dia kata "orang Kristian tidak boleh mempersoal tritunggal". 
9) Dia kata "pembaptisan sebagai upacara penghapusan dosa". 
10) Dalam video pertama dia mengaku  bekas Roman Katolik dalam video kedua dia mengaku orang SIB. 


Tapi apa yang dia cakap tidak betul.

1) Dia tidak cakap di sekolah mana dia belajar. Tidak perlu belajar sampai lapan tahun utk jadi pastor. Kalau ada pastor SIB begitu saya akan tahu sebab saya pernah jadi pegawai pentadbir pusat SIB Sabah.

2) Saya kenal ketua penginjilan dan dia bukan salah seorang. Pastor baru dua tahun bertugas belum dipercayakan tugas memimpin seperti itu. Pastor lebih senior yang buat. Kalau pemimpin dalam latihan ada juga.

3) SIB tidak banyak wang. Apalagi di tahun-tahun yang dia katakan dalam testimoninya. Masa saya melayani dulu bagus la kalau ada kereta. Kami jalan kaki dan saya nyanyi "Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan" sama isteri saya. Gaji pula kurang RM 300 sebulan tapi itupun selalu tidak cukup. Inikan pula ada Van Penginjilan dan dana Rm 10,000? Orang di Pusat ada van kapcai yang asyik bertukar tangan dan ada sebuah suzuki jeep penginjilan yang juga sering bertukar tangan. Saya tidak pernah dengar nama "Pastor Yohanes" ini. Saya sudah lebih 24 tahun dalam SIB Sabah, saya tidak pernah dengar cerita ini.

4) Pastor di bawah dua tahun belum ditahbis (disahkan) sebagai pastor. Kalau benar dia dulunya dia seorang pastor, besar kemungkinan dia belum ditahbis.

5) Namaus tidak pernah berpusat di Bario. Bario itu di uluuu Sarawak punya highlands. Namaus berpusat di Kota Kinabalu. Mula di Kepayan kemudian berpindah ke Likas. 

6) Gereja tidak ada melatih orang jadi "askar Jesus" sejak tujuh tahun. Semua orang percaya adalah askar Tuhan dalam ertikata musuh kita adalah Iblis bukan darah dan daging (manusia). Baca itu di Efesus 6:10-18. Dan rata-rata penganut Kristian apalagi seorang pastor dalam SIB menyebut Tuhan dengan sebutan "YESUS" bukan "JEESUS"!

7) Dihantar belajar "free mason", "pre-mission"? Free Mason adalah gerakan rahsia yang tidak ada kena mengena dengan gereja SIB Sabah. Pre-mission? Apa itu? Selama lebih 24 tahun dengan gereja SIB saya tidak tahu ada latihan pre-mission. Kita tidak guna istilah itu, sekurang-kurangnya bukan dalam gereja SIB dan si kawan ini mengaku diri sebagai seorang bekas pastor dalam gereja SIB. 

8) Orang Kristian bebas mempersoalkan apa saja berhubung Tuhan, Alkitab, tritunggal dan apa juga yang berhubung keimanannya. Sebab itulah timbul ada golongan Kristian yang percaya tritunggal, ada juga yang tidak percaya kepada tritunggal. Siapa kata tidak boleh persoalkan? 

9) Pembaptisan bukan upacara penghapusan dosa. Pembaptisan adalah upacara orang percaya memberi kesaksian kepada dunia bahawa dia sudah menjadi seorang yang percaya kepada kematian dan kebangkitan Kristus dari antara orang mati (Roma 6:3-4).

10) Bah korang timbanglah sendiri! 

Tuhan memberkati "Pastor Yohanes"! 

Salam. Ini adalah kenyataan yang benar dari saya selaku seorang pastor. 

Respon dari: Pena Rajawali

(Diambil daripada artikel blog Pena Rajawali bertajuk "Pastor SIB Palsu" bertarikh 16 April 2015)