Ahad, 12 April 2015

Tahukah Anda... Tahap Penggunaan Internet & Media Sosial di Malaysia?


Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet, dan tiga daripada lima jam itu digunakan untuk media sosial.

Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia, dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook. 

Berikut beberapa angka menarik daripada laporan itu;

  • Jumlah pengguna internet di Malaysia berjumlah 19,200,408 orang.
  • Terdapat 15,600,000 pengguna Facebook yang aktif di Malaysia.
  • Purata masa digunakan pengguna internet di Malaysia setiap hari ialah 5 jam 36 minit.
  • Purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia untuk media sosial ialah 3 jam 17 minit.
  • Peratus pengguna media sosial daripada jumlah populasi Malaysia ialah 64%


(Sumber: Artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Malaysians Spends Five Hours Online Daily, And Its Mostly On Social Media, Says Report" penulisan Musliza Mustafa bertarikh11 Sept 2014) - Klik gambar sebelah untuk imej besar.