Ahad, 31 Disember 2017

5 Filem Kristian Terlaris Di Pawagam 2017 Yang Anda Harus Tonton


Berikut adalah senarai 5 filem Kristian terlaris di pawagam pada 2017 yang anda harus tonton:

1. "The Star" mendapat USD 38,641,925
(Sony Pictures Animation)


"The Star" menceritakan kisah Krismas yang pertama melalui sudut pandang haiwan-haiwan yang mengembara dengan Yusuf dan Maria ke Betlehem dan menyaksikan kelahiran Yesus.

2. "The Case for Christ" mendapat USD 14,682,684
(Pure Flix and Triple Horse Studios)


"The Case for Christ," berdasarkan buku bestseller Lee Strobel dengan tajuk yang sama, menyorot perjalanan Strobel sebagai seorang ateis kental yang menggunakan kemahirannya sebagai seorang wartawan penyiasat yang memenangi anugerah untuk cuba membuktikan Kristianiti tidak betul. Penemuannya bagaimanapun, telah membawanya menjadi orang yang percaya kepada Kristus.

3. "Let There Be Light" mendapat USD 7,203,808
(Atlas Distribution)


"Let There Be Light" mengenai Dr Sol, seorang ateis yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang teruk, dan dalam keadaan mati selama 4 minit sebelum dihidupkan kembali. Apa yang dialami Sol sewaktu itu telah mengubah pandangannya dalam hidup dan telah membawanya lebih dekat kepada keluarganya dan iman.

4. "Same Kind of Different As Me" mendapat USD 6,360,79
(Pure Flix)



"Same Kind of Different As Me" menceritakan kisah benar seorang isteri yang menyelamatkan rumahtanggannya dan mengubah kehidupan suaminya yang berhubungan sulit, dengan melibatkan suaminya dalam kerjanya di rumah untuk orang-orang gelandangan.

5. "All Saints" mendapat USD 5,802,208
(Sony)


"All Saints" berdasarkan kisah benar pada 2008 mengenai seorang pastor yang membantu pelarian-pelarian Myanmar untuk memulakan hidup di Amerika Syarikat. Mereka pula, sebaliknya membantunya menyelamatkan gerejanya yang kecil. 

(Dipetik dan ambil daripada artikel The Christian Post "The 7 Box Office Christian Films of 2017" yang ditulis oleh Jeannie Law bertarikh 30 Disember 2017)