Khamis, 10 Mei 2018

Keputusan PRU-14: Parlimen & Dewan Undangan Negeri



Pilihan Raya Umum ke-14 telah selesai dijalankan semalam. Inilah keputusan untuk kerusi Parlimen (sumber: Malaysiakini):

Pakatan Harapan: 122 kerusi, Barisan Nasional: 79 kerusi, PAS: 18 kerusi, dan Calon Lain: 3 kerusi.

Dengan itu Pakatan Harapan berjaya menubuh Kerajaan Persekutuan yang baru.

Tun Dr. Mahathir dan para pemimpin Pakatan Harapan merayakan kemenangan PRU-14

Grafik dari blog Best FB KL 

Bagi peringkat negeri pula, Pakatan telah memenangi 6 negeri: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Barisan Nasional pula memenangi  2 negeri: Perlis dan Pahang. PAS juga memenangi 2 negeri: Terengganu dan Kelantan.

Di Perak, Pakatan Harapan mendapat 29 kerusi tetapi belum cukup untuk mendirikan kerajaan. Barisan Nasional mendapat 27 kerusi dan PAS 3 kerusi.

Di Sabah Warisan/Pakatan Harapan mendapat jumlah kerusi yang sama dengan Barisan Nasional iaitu masing-masing 29 kerusi. Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memenangi dua kerusi dan dijangka bergabung dengan Warisan/Pakatan Harapan atau Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri di Sabah.  

Berikut ialah keputusan PRU-14 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri:


(Sumber infografik: Malaysiakini)