Rabu, 6 Mac 2019

Chuck Colson - Dari Penjara Menjadi Pengasas Prison Fellowship


Charles Wendell "Chuck" Colson (1931-2012) telah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Presiden Richard Nixon dari 1969-1973, tetapi paling dikenali sebagai orang suruhan Nixon untuk melakukan kerja-kerja sukar dan tidak popular.

Chuck Colson bersama dengan Presiden Richard Nixon (tengah)

Colson yang telah dihantar ke penjara untuk peranannya dalam skandal Watergate, dulu pernah mengatakan bahawa dia akan "melangkah neneknya sendiri jika perlu," untuk memenuhi matlamatnya. 

Tetapi dalam kongkongan bilik penjaranya, Colson telah membaca buku C.S. Lewis, Mere Christianity dan di situ dia telah bertemu dengan Tuhan. 

Colson benar-benar berubah, dan pada 1976 telah menerbitkan memoir mengenai transformasinya, Born Again, yang merupakan buku pertama daripada tiga puluh buku yang akan dituliskannya. 


Dia seterusnya telah mengasaskan pelayanan bukan keuntungan Prison Fellowship, dan kemudiannya Prison Fellowship International, kedua-dua organisasi itu menumpukan kepada keperluan banduan-banduan dan keluarga mereka dan kepentingan pengajaran dan pelatihan dari sudut pandangan dunia Kristian. 

Colson telah menjadi hos "Breakpoint," suatu ulasan harian radio yang didengar melalui lebih seribu rangkaian di seluruh negara.

(Diterjemahkan daripada artikel Guideposts bertajuk, "9 Inspiring Lives of Faith - Chuck Colson" )