Sam Tee atau lebih dikenali sebagai "Uncle Button" - Badut dari Malaysia |
Konvensyen Badut Sedunia WCA telah diadakan buat pertama kali di rantau Asia baru-baru ini di Kuching pada 25 Februari - 1 Mac 2013 (Foto: FB Uncle Button Clown Supplies) |
Mungkin anda sudah mendengar bahawa Konvensyen Persatuan Badut Sedunia telah diadakan di Kuching baru-baru ini. Beratus badut yang menjadi anggota World Clown Association telah mengikuti konvesyen itu yang untuk pertama kalinya diadakan di rantau Asia.
Selain mesyuarat rasminya, pelbagai bengkel, pertandingan dan acara menarik mengenai profesyen badut telah diadakan. Para badut juga telah mengambil bahagian dalam Hari Kemanusiaan yang julung-julung kali diadakan di mana mereka telah melawat dan menghiburkan para pesakit dan penghuni di hospital-hospital dan rumah-rumah kebajikan di sekitar Kuching pada 28 Februari.
Kisah Sam Tee Menjadi Badut
Badut dari Malaysia, Sam Tee yang juga dikenali dengan nama badutnya "Uncle Button" telah memainkan peranan penting untuk melobi dan membawa konvensyen tahunan ini ke Kuching untuk pertama kalinya. Berikut ini ialah kisah peribadi Sam Tee bagaimana dia telah menjadi seorang badut profesional.

Sam Tee (Uncle Button) |
Sam Tee berasal dari latarbelakang keluarga yang miskin. Selepas menamatkan pengajian sehingga Tingkatan Enam, hasrat Sam untuk menyambung lagi pelajaran tidak dapat ditunaikan kerana keadaan kewangan keluarganya. Sam telah memulakan perniagaan kecil di Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur mencorak dan menjual butang lencana.
Perniagaan kecil itu dapat menyara kehidupan Sam yang masih bujang ketika itu. Namun begitu perniagaan butang lencana itu adalah sangat mencabar kerana persaingan yang sengit dan pendapatan yang tidak tetap. Sam mengingat kembali, katanya, "Kadang-kadang dalam masa sehari, tiada langsung apa-apa pendapatan."
Pengalaman Pertama Jadi Badut
Pada suatu hari, beberapa bulan setelah Sam mendirikan rumahtangga, seorang ahli silap mata, yang juga adalah pelanggan tetap Sam, meminta pertolongan daripada Sam. Ahli silap mata itu memerlukan seorang badut untuk pertunjukannya. Sam berkata bahawa, "Aku langsung tak tahu macam mana nak jadi badut. Lagipun aku tidak mempunyai kostum badut."
Ahli silap mata itu pun berkata, "Jangan takut, aku akan pinjamkan kamu kostumnya. Tambahan lagi aku akan membayar upah padamu."
Dengan itu, Sam pun mendapat pengalaman pertamanya menjadi badut dengan sedikit tunjuk-ajar daripada ahli silap mata itu. "Aku tidak buat banyak pada masa itu. Aku cuma memberikan belon bulat kepada kanak-kanak sepanjang acara itu," kata Sam.
Setelah beberapa kali menjadi badut mengiringi ahli silap mata itu, minat Sam terhadap bidang ini semakin mendalam. Pada suatu hari, dia mendapat tahu daripada seorang kawan mengenai kursus badut yang dikendalikan di Amerika Syarikat. Sam sangat tertarik untuk mengikuti kursus itu tetapi kos untuk kursus dan perjalanan ke Amerika adalah tinggi. Isterinya sangat mendorongnya dan berbesar hati menyerahkan angpau perkahwinan yang telah diterimanya untuk menaja kursus Sam di Amerika.
Kursus sebulan di Amerika telah memberi banyak pengalaman dan tunjuk-ajar kepada Sam bagaimana untuk menjadi badut yang lebih baik.
Sekembali dari pengajiannya di Amerika, Sam mula menceburkan dirinya lebih lagi dalam bidang itu di samping bisnes butang lencana yang masih dijalankannya. Sam mula dikenali dan mendapat undangan untuk memberi persembahan badut di dalam dan luar negeri.
Zaman Kanak-Kanak Sam
Sam mengenang kembali masa silamnya sebagai kanak-kanak. Ibunya sentiasa bekerja keras untuk menyara keluarga. Ayahnya tidak memberi penyaraan kepada keluarga dan jarang-jarang bersama mereka - hanya melawat mereka sekali dalam dua atau tiga bulan. Dalam keadaan keluarga yang sedemikian, Sam menjadi anak yang nakal. Dia belajar berjudi pada usia yang kecil.
Walaupun begitu, perubahan besar telah berlaku dalam hidupnya semasa dia berusia 13 atau 14 tahun. Pada suatu petang, dia sedang bermain bola di padang. Seorang pemuda datang kepadanya dan mengajaknya mengikuti acara Sekolah Minggu di gereja. Sam pun mula mengikuti acara Sekolah Minggu di gereja. Dari situlah dia mula mengenal Kristus dalam hidupnya.
"Aku rasa sungguh bahagia dan sukacita setelah menerima Yesus dalam hidupku. Aku suka sekali mengikuti semua acara yang diadakan di gereja. Apa lagi dalam keadaan keluarga yang bermasalah. Oleh kerana gereja itu tidak ramai ahlinya, aku dengan cepat terlibat dalam pelayanan. Aku mula mengajar kanak-kanak Sekolah Minggu walaupun pengetahuan agamaku masih belum luas lagi," kata Sam.
Sam merasakan bahawa pengalamannya melayani kanak-kanak di Sekolah Minggu telah banyak membantunya dalam kerjayanya sebagai badut. "Pengalaman itu membantuku untuk mudah bergaul dan berinteraksi dengan kanak-kanak," ujarnya.
Menghiburkan Kanak-Kanak Di Merata Tempat
Sejak menjadi badut pada 1995, Sam telah diundang membuat persembahan di merata tempat, dari hutan pedalaman Negara Thai ke bandaraya moden Minneapolis di Amerika Syarikat.
Sam juga telah melakukan pertunjukan amal untuk kanak-kanak mangsa bencana alam seperti gempa bumi di Abbotabad, Pakistan (tahun 2000), gempa bumi Bam, Iran (2003) dan gempa bumi Sichuan, China (2008).
Sejak menjadi badut gantian untuk membantu seorang ahli silap mata bertahun lalu, Sam kini sudah menjadi badut profesional sepenuh masa yang komited dan berdedikasi. Dia tidak lagi menganggapnya sebagai suatu pekerjaan, tetapi sesuatu yang dicintainya dan sebahagian daripada hidupnya.
Selain melakukan pertunjukan, Sam juga selalu mengikuti konvensyen-konvensyen badut, termasuk menjadi seorang pengajar dalam Clown Camp di Amerika Syarikat. Dia adalah anggota World Clown Association (WCA), Fellowship of Christian Magicians International (FCM), Clown of America International (COAI) dan Clown Camp USA.
Sam sering melibatkan diri dalam lawatan misi terutamanya di rantau Asia. Dia juga sering memberikan bengkel latihan untuk gereja, sekolah Alkitab dan organisasi misi, mengajar para peserta bagaimana menggunakan seni kreatif untuk misi.
Sam juga terkenal dengan kemahirannya mencorak belon dalam pelbagai bentuk menarik seperti bunga dan haiwan. Dia telah menghasilkan empat DVD yang sangat popular mengenai cara-cara mencorak belon. DVD-DVD tersebut boleh dibeli melalui laman webnya Balloon Twisting with Sam.
Di samping itu, Sam juga memiliki syarikat yang mengimport dan mengedarkan peralatan untuk badut. "Peralatan untuk badut sukar didapati di negara ini," jelas Sam yang dengan isterinya Adeline memiliki tiga anak lelaki, Jireh, Caleb dan Jonathan.
Begitulah kisahnya Sam Tee "Uncle Balloon" yang dari latarbelakang keluarga yang sedih telah mengenal kasih Kristus pada usia remaja dan kini terpanggil menjadi badut untuk membawa penghiburan dan kasih Tuhan kepada kanak-kanak di merata tempat di dunia.
Pengalaman Pertama Jadi Badut
Pada suatu hari, beberapa bulan setelah Sam mendirikan rumahtangga, seorang ahli silap mata, yang juga adalah pelanggan tetap Sam, meminta pertolongan daripada Sam. Ahli silap mata itu memerlukan seorang badut untuk pertunjukannya. Sam berkata bahawa, "Aku langsung tak tahu macam mana nak jadi badut. Lagipun aku tidak mempunyai kostum badut."
Ahli silap mata itu pun berkata, "Jangan takut, aku akan pinjamkan kamu kostumnya. Tambahan lagi aku akan membayar upah padamu."
Dengan itu, Sam pun mendapat pengalaman pertamanya menjadi badut dengan sedikit tunjuk-ajar daripada ahli silap mata itu. "Aku tidak buat banyak pada masa itu. Aku cuma memberikan belon bulat kepada kanak-kanak sepanjang acara itu," kata Sam.
Kursus sebulan di Amerika telah memberi banyak pengalaman dan tunjuk-ajar kepada Sam bagaimana untuk menjadi badut yang lebih baik.
Sekembali dari pengajiannya di Amerika, Sam mula menceburkan dirinya lebih lagi dalam bidang itu di samping bisnes butang lencana yang masih dijalankannya. Sam mula dikenali dan mendapat undangan untuk memberi persembahan badut di dalam dan luar negeri.
Zaman Kanak-Kanak Sam
Sam mengenang kembali masa silamnya sebagai kanak-kanak. Ibunya sentiasa bekerja keras untuk menyara keluarga. Ayahnya tidak memberi penyaraan kepada keluarga dan jarang-jarang bersama mereka - hanya melawat mereka sekali dalam dua atau tiga bulan. Dalam keadaan keluarga yang sedemikian, Sam menjadi anak yang nakal. Dia belajar berjudi pada usia yang kecil.
Walaupun begitu, perubahan besar telah berlaku dalam hidupnya semasa dia berusia 13 atau 14 tahun. Pada suatu petang, dia sedang bermain bola di padang. Seorang pemuda datang kepadanya dan mengajaknya mengikuti acara Sekolah Minggu di gereja. Sam pun mula mengikuti acara Sekolah Minggu di gereja. Dari situlah dia mula mengenal Kristus dalam hidupnya.
"Aku rasa sungguh bahagia dan sukacita setelah menerima Yesus dalam hidupku. Aku suka sekali mengikuti semua acara yang diadakan di gereja. Apa lagi dalam keadaan keluarga yang bermasalah. Oleh kerana gereja itu tidak ramai ahlinya, aku dengan cepat terlibat dalam pelayanan. Aku mula mengajar kanak-kanak Sekolah Minggu walaupun pengetahuan agamaku masih belum luas lagi," kata Sam.
Sam merasakan bahawa pengalamannya melayani kanak-kanak di Sekolah Minggu telah banyak membantunya dalam kerjayanya sebagai badut. "Pengalaman itu membantuku untuk mudah bergaul dan berinteraksi dengan kanak-kanak," ujarnya.
Menghiburkan Kanak-Kanak Di Merata Tempat
Sejak menjadi badut pada 1995, Sam telah diundang membuat persembahan di merata tempat, dari hutan pedalaman Negara Thai ke bandaraya moden Minneapolis di Amerika Syarikat.
Sam juga telah melakukan pertunjukan amal untuk kanak-kanak mangsa bencana alam seperti gempa bumi di Abbotabad, Pakistan (tahun 2000), gempa bumi Bam, Iran (2003) dan gempa bumi Sichuan, China (2008).
Uncle Button melakukan pertunjukan untuk kanak-kanak mangsa gempa bumi Sichuan (2008) |
Sejak menjadi badut gantian untuk membantu seorang ahli silap mata bertahun lalu, Sam kini sudah menjadi badut profesional sepenuh masa yang komited dan berdedikasi. Dia tidak lagi menganggapnya sebagai suatu pekerjaan, tetapi sesuatu yang dicintainya dan sebahagian daripada hidupnya.
Selain melakukan pertunjukan, Sam juga selalu mengikuti konvensyen-konvensyen badut, termasuk menjadi seorang pengajar dalam Clown Camp di Amerika Syarikat. Dia adalah anggota World Clown Association (WCA), Fellowship of Christian Magicians International (FCM), Clown of America International (COAI) dan Clown Camp USA.
Sam sering melibatkan diri dalam lawatan misi terutamanya di rantau Asia. Dia juga sering memberikan bengkel latihan untuk gereja, sekolah Alkitab dan organisasi misi, mengajar para peserta bagaimana menggunakan seni kreatif untuk misi.
DVD Mencorak Belon "Twist with Sam" |
Di samping itu, Sam juga memiliki syarikat yang mengimport dan mengedarkan peralatan untuk badut. "Peralatan untuk badut sukar didapati di negara ini," jelas Sam yang dengan isterinya Adeline memiliki tiga anak lelaki, Jireh, Caleb dan Jonathan.
Begitulah kisahnya Sam Tee "Uncle Balloon" yang dari latarbelakang keluarga yang sedih telah mengenal kasih Kristus pada usia remaja dan kini terpanggil menjadi badut untuk membawa penghiburan dan kasih Tuhan kepada kanak-kanak di merata tempat di dunia.
Video Sam Membuat Pertunjukan untuk Guru-Guru Sekolah Minggu
(Sumber: GoodTV, BFM, Tabernacle Music, The Borneo Post dan The Star Online)