Sabtu, 17 September 2016

Apa Yang Kelihatan Seperti Malaikat Tuhan Muncul Dalam Foto Di Atas Tapak Menara World Trade

Rich McComark menangkap gambar satu penjelmaan syurgawi di atas tapak World Trade Center

Seorang jurufoto bebas telah menangkap apa yang kelihatan seperti penjelmaan syurgawi semasa mengambil foto acara peringatan 11 September 2001.

Rich McCormark telah mengikuti pancaran cahaya yang melambangkan Dua Menara dengan kameranya. Di puncak pancaran cahaya itu satu bentuk berjubah muncul.



"Saya melihat dan melihat semula kerana tidak tahu apakah yang sebenarnya itu. tetapi apabila saya zoom lebih terperinci, ianya kelihatan hampir seperti penglihatan Tuhan dengan tangan berpangku. Saya dicengkam perasaan dan sebak dengan air mata," katanya. 

McCormark memberitahu kawan-kawan media sosialnya bahawa dia mengambil beberapa foto pada malam itu, tetapi bentuk itu hanya ada di satu foto.


Pancaran cahaya berdekatan menara World Trade Center, New York pada 11 September 2016

Ada yang mengatakan bahawa ianya adalah Yesus sendiri sementara yang lain mengatakan ianya adalah malaikat. 

Apa pendapat anda?




(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk, "What Appears Like An Angel of the Lord Appears in Photograph Over World Trade Tower Site" yang ditulis oleh Jessilyn Justice bertarikh 16 Disember 2016)