Jumaat, 21 Oktober 2016

''I'm Not Ashamed" - Kisah Rachel Jay Scott


Pada 20 April 1999, di Columbine High School, dua remaja lelaki memasuki sekolah menengah itu dengan senapang dan bom buatan sendiri dengan rencana membunuh ratusan rakan-rakan sekelas mereka. Mereka kemudiannya telah membunuh 12 pelajar dan 1 guru sebelum menembak diri mereka. 

Pelajar yang pertama untuk meninggal adalah Rachel Jay Scott. Dia sedang makan di perkarangan luar kelas ketika dia ditembak berkali-kali. Pembunuh-pembunuh itu mengenali Rachel. Mereka belajar di kelas yang sama dan Rachel pernah berkongsi imannya dalam Yesus dengan mereka. Beberapa detik sebelum dia meninggal, mereka mengolok-oloknya, "Kamu masih percaya kepada Tuhan kamu?"  Dengan senapang yang diarahkan ke kepalanya, dia menjawab, "Kamu tahu saya percaya." 

"I'm Not Ashamed" adalah kisah Rachel dari kata-katanya sendiri. Diambil terus daripada penulisannya, kita menemukan pengharapan dalam tragedi ini. Kita mendapati kisah seorang pelajar yang menunjukkan kasih secara berani untuk mereka yang terluka dan yang tidak diperhatikan. Ianya adalah kisah seorang anak gadis yang tidak malu untuk berkongsi kasihnya pada Yesus kepada mereka yang di sekelilingnya, termasuklah pembunuh-pembunuhnya.
   

"I'm Not Ashamed" akan mula ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat pada 21 Oktober 2016. 

(Diterjemahkan daripada artikel Christian Film Database bertajuk, "I'm Not Ashamed - The Rachel Joy Scott Story")