Selasa, 22 November 2016

Blog domba2domba Mencapai 2,000,000 Pageviews Hari Ini!



Blog domba2domba telah mencapai pageview yang kedua juta petang tadi! Pada Mac lepas, blog ini telah mencapai sejuta pageview, dan kini lapan bulan kemudian, blog telah mendapat sejuta pageview lagi. 




Saya ingin berterima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog domba2domba yang telah mengikuti blog domba2domba selama ini (blog ini telah dimulakan pada 9 April 2011).

Melalui Facebook, saya telah sempat mengenali sebahagian daripada pembaca-pembaca blog ini, atau paling kurang mengenal nama sebahagian daripada mereka. Saya sangat berterima kasih kepada anda semua kerana setia membaca dan mengongsikan blog ini. Andalah sebabnya blog ini ditulis, dan anda jugalah sebabnya blog ini dapat disebarkan dengan meluas.

Baru-baru ini saya telah melihat laporan-laporan yang terdapat pada Blogger, Facebook dan Flag Counter mengenai profail am pembaca-pembaca blog domba2domba. Berikut beberapa fakta menarik yang telah saya kumpulkan daripada tiga sumber itu:


1. Menurut Blogger, pada 5 petang hari ini (22 Nov 2016), blog domba2domba telah mencapai 2,000,000 pageview.

2. Blogger juga menunjukkan bahawa pageview tertinggi datang dari Malaysia (1,288,248 pageview), diikuti oleh Indonesia (466,554) di tempat kedua, dan Amerika Syarikat (90,920) di tempat ketiga. Manakala India (29,125) dan Singapura (18,939) masing-masing di tempat keempat dan kelima.


Catitan Flag Counter pada 22 November 2016
3. Menurut Flag Counter menunjukkan pengunjung unik untuk blog ini sehingga hari ini berjumlah 197,831 orang. (Rekod Flag Counter hanya dimulakan di blog ini pada 29 Januari 2013, oleh itu hanya merekod jumlah pengunjung selepas tarikh itu).

4. Flag Counter menunjukkan bahawa pengunjung yang teramai datang dari Malaysia diikuti oleh Indonesia dan Amerika Syarikat.

5. Menurut Facebook, jumlah orang yang telah mengklik "Like" di Facebook Page domba2domba sehingga hari ini adalah 3,411 orang

6. Daripada jumlah itu, 62% adalah wanita dan 38% adalah lelaki.

7. Facebook juga menunjukkan bahawa golongan yang paling ramai klik "Like" untuk laman Facebook domba2domba adalah golongan muda, dengan 89% berusia dalam lingkungan umur 18-44 tahun. (Lebih terperinci: 29% untuk usia 18-24 tahun, dan 42% untuk usia 25-34 tahun, dan 18% untuk usia 35-44 tahun). 



8. Blogger juga menunjukkan bahawa para pengunjung blog paling banyak menggunakan sistem pengoperasian Android (70%) diikuti oleh Windows (21%), dan iPhone (4%) untuk mengakses ke blog ini. 

Begitulah profail am pembaca-pembaca domba2domba selama 5 tahun setengah ini. 

Dan yang lebih penting, anda juga adalah pembaca blog ini! Dan untuk itu. saya berterima kasih.

Segala syukur dan kemuliaan kepada Tuhan!