Sabtu, 5 November 2016

Tahukah Anda... Nama Asal 12 Rasul Yesus?


Ianya mungkin sesuatu yang anda hafal semasa Darjah 2 atau dalam kelas pendidikan agama: nama-nama 12 Rasul Yesus. Kita semua pernah mendengar nama-nama mereka berkali-kali dalam Alkitab dan dalam doa. Mereka juga kemungkinan antara nama-nama yang paling sering diberikan di dunia! Tetapi Yesus tidak akan memanggil mereka John atau Thomas atau Andrew atau Peter dan sebagainya... itu adalah nama Rasul-Rasul dalam versi bahasa Inggeris. Pada zaman Rasul-Rasul, bahasa Inggeris belum wujud lagi!   

Jadi, bagaimanakah bunyinya nama mereka apabila disebut oleh Yesus dan apakah erti nama-nama itu? Berikut adalah bentuk asal nama Rasul-Rasul itu dan erti nama-nama itu:


Peter  Nama Peter telah diperolehi, melalui kata Latin "petra", dari kata Yunani πέτρος (petros) bererti "batu". Menurut Perjanjian Baru, Yesus telah menamakan Peter (yang nama asalnya Simon) nama Kephas atau Cephas yang bererti "batu" dalam bahasa Aramaik.
  
   
Andrew  adalah nama Inggeris bagi nama Yunani Ανδρεας (Andreas), yang telah didapati daripada ανδρειος (andreios) "kelakian", yang diperolehi daipada ανηρ (aner) "lelaki".  


James The Greater & James The Lesser  Nama Inggeris untuk nama Latin "Iacomus" yang telah diperolehi dari Ιακωβος (Iakobos), yang merupakan bentuk Yunani Perjanjian Baru untuk nama Ibrani "Ya'aqov". Nama itu datang daripada tokoh Perjanjian Lama, Jacob (yang kemudian dipanggil Israel) yang telah dilahirkan memegang tumit Esau, abang kembarnya, dan namanya dijelaskan sebagai "pemegang tumit" atau "menjatuhkan", kerana dia dua kali menghalang abangnya dari haknya  sebagai anak sulung (Lihat Kejadian 27:36). 


John  Nama Inggeris untuk Iohannes, bentuk Latin untuk nama Yunani Ιωαννης (Ioannes), yang telah diperolehi daripada nama Ibrani יוֹחָנָן (Yochanan) yang bererti "YAHWEH penuh rahmat".


Philip  Dari nama Yunani Φιλιππος (Philippos) yang bererti "sahabat kepada kuda-kuda", terdiri daripada unsur-unsur φιλος (philos) "kawan", "kekasih" dan  (hippos) ‘ιππος "kuda".


Bartholomew  Dari Βαρθολομαιος (Bartholomaios), yang merupakan nama Yunani dari nama Araimak yang bererti "Anak TALMAI". 


Matthew  Nama Inggeris untuk Ματθαιος (Matthaios), yang merupakan nama Yunani untuk nama Ibrani מַתִּתְיָהוּ (Mattityahu) yang bererti "pemberian dari YAHWEH".


Thomas  Nama Yunani untuk nama Araimak (Ta'oma') yang bererti "kembar". (Dikatakan Thomas sangat menyerupai Yesus). 


Simon the Zealot  Dari Σιμων (Simon), nama Yunani Perjanjian Baru untuk nama Ibrani שִׁמְעוֹן (Shimon) yang bererti "dia telah mendengar". Nama ini dieja Simeon berdasarkan nama Yunani Συμεων, dalam banyak terjemahan Perjanjian Lama.   


Jude (Thaddeus) & Judas Iscariot  

Dari kata Ibrani יְהוּדָה (Yehudah) yang bererti "Dipuji". Dari Ιουδας (Ioudas) nama Yunani untuk JUDAH.



(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Steubenville Conferences bertajuk "The Original Names of the 12 Apostles")