Kebanyakan orang tahu bahawa Tim Tebow telah mengecat John 3:16, yang kemungkinan ayat paling dikenali dalam Alkitab, di bawah matanya bertahun yang lalu. Tetapi ada kisah di sebalik ayat itu yang tidak diketahui ramai orang.
Semasa muncul di "Harry," rancangan televisyen Harry Connick Jr., Tebow mengatakan mengenai "kebetulan" menakjubkan yang melibatkan ayat itu. Dia bermula dengan menceritakan waktu dia mencatitkan "John 3:16" di bawah matanya ketika bermain dalam kejohanan football kolej sebagai quarterback Universiti Florida pada 2009.
Tiga tahun kemudian, pasukan Tebow, Denver Broncos, baru sahaja memenangi perlawanan menentang Pittsburg Steelers. Tebow menceritakan bahawa dia sedang menuju ke sidang akhbar apabila pegawai perhubungan awamnya bergegas mengejarnya.
"Timmy, kamu sedarkah apa yang sudah berlaku?" pegawai perhubungan awamnya, Patrick menanyakannya.
"Ya, kami baru saja mengalahkan Steelers. Kami akan bermain menentang Partiots," dia menjawab selamba.
"Ok Patrick, apa halnya?" dia bertanya.
Apa yang terjadi, hari itu adalah tepat-tepat tiga tahun sejak Tim Tebow mengecat John 3:16 di bawah matanya. Masih tidak menyedari apa yang Patrick sedang memberitahunya, Tebow berkata dia menerima saja dan memberitahunya bahawa itu "cukup hebat."
Dan semasa perlawanan itu, John 3:16 telah mendapat carian di Google sebanyak 90 juta kali dan menjadi topik paling trending di Twitter dan Facebook, Tebow berkata.
Dia menambah bahawa manakala ramai orang yang akan mendakwa bahawa angka-angka itu adalah cuma satu kebetulan, dia percaya semua yang berlaku itu adalah bukti bahawa dia mempunyai "Tuhan yang besar."
(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel The Gospel Herald bertajuk, "Tim Tebow Shares Incredible Story About John 3:16 'Coincidence'" yang ditulis oleh Suzette Gutierrez-Chachila bertarikh 12 Disember 2016)