Tiga mantan presiden Amerika Syarikat -- (dari kiri) George H.W. Bush, Bill Clinton dan Jimmy Carter (kanan) -- menyertai Billy Graham (di tengah) dan anaknya Franklin Graham semasa upacara Mendedikasikan Perpustakaan Billy Graham pada 2007 di Charlotte, Carolina Utara. |
Penginjil terkemuka dunia, Billy Graham telah sekali lagi membarisi senarai Gallup Poll untuk 10 lelaki paling dikagumi oleh warga Amerika, yang merupakan kali ke-60 dia dimasukkan dalam senarai itu.
Graham yang mencapai usia 98 tahun pada 7 November yang lepas, menduduki tempat kelima dalam senarai tahunan itu, menurut Charlotte Observer. Dia di belakang Presiden Amerika, Barrack Obama, yang menduduki senarai itu untuk sembilan kali berturut-turut, dan juga bakal Presiden, Donald Trump, Paus Francis dan Senator Vermont, Bernie Sanders.
Gallup telah menjalankan bancian itu dari 7 ke 11 Disember, dengan pengundi secara rawak 1,028 orang dewasa dari semua 50 negeri dan District of Columbia.
Lelaki-lelaki lain yang memasuki senarai itu termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Dalai Lama, mantan Presiden Bill Clinton, usahawan dan dermawan Bill Gates, dan bakal Naib Presiden Mike Pence.
Graham yang kini tinggal di Montreat. Carolina Utara telah pertama kalinya menduduki senarai itu pada 1955. Namanya telah memasuki senarai itu setiap tahun selepas itu kecuali pada 1962 dan 1976. Satu-satunya orang yang mendekati rekod Graham adalah mantan Presiden Ronald Reagan, yang meninggal dunia pada 2004. Reagan menduduki senarai itu 31 kali.
Penginjil itu tidak pernah menduduki tempat pertama dalam senarai itu, oleh kerana tempat itu biasanya diduduki oleh presiden-presiden Amerika Syarikat. Bagaimanapun Graham telah mencipta nama bagi dirinya sebagai "pastor kepada presiden-presiden." Dia menduduki tempat kedua dari 1969 ke 1974 dan sekali lagi dari 1997 ke 1999.
Graham juga dikenali dari rapat-rapat umumnya yang menarik ramai penonton. Dipercayai bahawa dia telah pun membawa Injil kepada 215 juta orang. Ketika dia tidak berkhutbah secara langsung kepada orang ramai, Graham menyentuh jiwa manusia menerusi penulisannya.
Sepanjang hidupnya, dia telah menulis 33 buku termasuklah "Where I Am: Heaven, Eternity and Our Life Beyond," "The Reason for My Hope: Salvation," "The Heaven Answer Book," "Nearing Home: Life, Faith and Finishing Well" dan "Storm Warning."
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Billy Graham Makes It To Gallup Poll's List Of 10 Most Admired Men By Americans - For A Record-Breaking 60th Year" yang ditulis Czarina Ong bertarikh 31 Disember 2016)