Khamis, 22 Jun 2017

Populasi Dunia Akan Mencapai 9.8 Bilion Pada 2050, Kata PBB


NEW YORK: Populasi dunia masa kini yang berjumlah 7.6 bilion akan melonjak ke 9.8 bilion pada 2050, dengan bilangan penduduk India mengatasi China dalam masa hanya tujuh tahun, begitu dinyatakan satu laporan Pettubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB) pada hari Rabu.

Nigeria akan mengatasi Amerika Syarikat menjelang 2050 untuk menjadi negara ketiga paling besar populasi di dunia, menurut angka-angka dari Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB.

"Dengan kira-kira 83 juta orang ditambahkan ke populasi dunia pada setiap tahun, kecenderungan dalam peningkatan saiz populasi dijangka akan berterusan, walaupun kita mengandaikan bahawa tahap kesuburan akan terus menurun," begitu kata penulis-penulis laporan itu. 

Pada kadar itu, populasi global akan mencapai 8.6 bilion pada 2030, 9.8 bilion pada 2050 dan 11.2 bilion pada 2100, laporan itu menyatakan.

Populasi India yang kini menduduki tempat kedua populasi terbesar dengan 1.3 bilion penduduk, akan mengatasi populasi China yang berjumlah 1.4 bilion menjelang 2024.

Tetapi Nigeria yang bertumbuh paling cepat, dan populasi dalam 26 negara Afrika dijangka akan "sekurang-kurangnya bertambah ke dua kali ganda" menjelang 2050, menurut laporan itu.

Bilangan orang pada umur 60 tahun dan ke atas dijangka akan bertambah ke lebih dua kali ganda menjelang 2050 dan ke lebih tiga kali ganda menjelang 2100.

Populasi makin tua itu dijangka akan meningkat dari 962 juta secara global pada 2017 ke 2.1 bilion pada 2050 dan 3.1 bilion pada 2100, kata laporan itu.

(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "World Population To Reach 9.8 Billion In 2050, Says UN" bertarikh 22 Jun 2017)