Isnin, 19 Jun 2017

Tahukah Anda... Siapakah Itu Kristian Evangelikal?


Oleh National Association of Evangelicals (NAE):

Golongan Evangelikal mementingkan Alkitab dan percaya pada Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan.

Istilah "evangelikal" datang dari kata Yunani euangelion, yang bererti "berita baik" atau "Injil." Oleh itu iman evangelikal mengfokus kepada "berita baik" keselamatan yang dibawakan kepada orang-orang berdosa oleh Yesus Kristus.

Golongan Evangelikal adalah kumpulan yang dinamik dan beraneka, termasuk orang-orang beriman yang terdapat di banyak gereja, denominasi dan negara. 

Sebagai gerakan lintas denominasi, Evangelikalisme wujud dalam hampir semua denominasi dan tradisi Protestan. Golongan Reformed, Baptis, Wesley, Pentakosta, Churches of Christ, Plymouth Brethren, Protestan Karismatik, dan Protestan tanpa denominasi semuanya mempunyai pengaruh kuat dalam Evangelikalisme modern. Golongan Evangelikal juga diwakili dalam denominasi Anabaptis, Anglikan dan Lutheran. - Wikipedia. 

Kepercayaan-kepercayaan utama teologi kami mewujudkan kesatuan di tengah-tengah kepelbagaian kami. NAE Statement of Faith (Pernyataan Iman NAE) menawarkan piawaian untuk kepercayaan-kepercayaan evangelikal itu. 

Ahli sejarah David Bebbington juga memberikan satu ringkasan yang sangat membantu mengenai ciri-ciri khas Evangelikal, dengan mengenalpasti empat ciri khas Evangelikalisme: 

  • Penerimaan Tuhan Secara Peribadi (Conversionism): kepercayaan bahawa jiwa-jiwa perlu ditransformasikan melalui pengalaman "lahir baru" dan proses seumur hidup mengikuti Yesus.
  • Aktivisme (Activism): ekspresi dan pernyataan Injil dalam usaha-usaha misionari dan pembaharuan sosial.
  • Alkitabiah (Biblicism): penghormatan yang tinggi dan ketaatan kepada Alkitab sebagai kuasa tertinggi (highest authority).
  • Keutamaan Salib (Crucicentrism): penekanan pada pengorbanan Yesus Kristus di atas kayu salib untuk memungkinkan penebusan kemanusiaan. 

Ciri-ciri khas dan kepercayaan-kepercayaan teologi ini mendefinisikan siapa kami - bukan kecenderungan politik, sosial atau budaya. Sebenarnya ramai daripada orang-orang Evangelikal jarang sekali menggunakan istilah "Evangelikal" untuk mengenalpastikan diri mereka, sebaliknya lebih mengfokus kepada kepercayaan-kepercayaan utama seperti Allah tritunggal, Alkitab, iman, Yesus, keselamatan, penginjilan dan pemuridan. 

Mentakrifkan Evangelikal untuk Kajian

Evangelikal biasa dijadikan subjek kajian, tetapi seringkali hasil kajian itu berbeza-beza kerana perbezaan dalam kaedah untuk mengenalpasti evangelikal. Untuk menjawab persoalan itu, National Association of Evangelicals (NAE) dan LifeWay Research telah merangka satu kaedah untuk membekalkan piawaian yang konsisten untuk mengenalpasti kepercayaan evangelikal. 

Kaedah untuk Kajian daripada NAE/LifeWay Research merangkumi empat kenyataan yang mana respondennya perlu menjawab sangat setuju untuk dikategorikan sebagai evangelikal:

  • Alkitab adalah kuasa tertinggi (highest authority) untuk kepercayaan saya.
  • Ianya amat penting secara peribadi bagi saya untuk menggalakkan orang-orang bukan Kristian untuk mempercayai Yesus Kristus sebagai Juruselamat mereka.
  • Kematian Yesus Kristus di atas kayu salib adalah satu-satunya pengorbanan yang boleh meluputkan hukuman dosa saya. 
  • Hanya mereka yang percaya kepada Yesus Kristus sahaja sebagai Juruselamat mereka akan menerima pemberian keselamatan kekal dari Allah.   

Para pengkaji digalakkan menggunakan kaedah ini, dengan menyatakan NAE/LifeWay Research sebagai sumber kaedahnya. 

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel NAE bertajuk, "What Is An Evangelical?