Sabtu, 30 Disember 2017

Perintis Pembaharuan Karismatik Yang Disayangi, Larry Christenson Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Di Ais


Rev Larry Christenson, seorang pemimpin dalam pembaharuan karismatik dalam denomimasi-denominasi aliran utama, telah meninggal dunia pada hari Selasa, lima hari selepas terjatuh di ais yang menyebabkannya koma. 

Pada awal usia 30annya, Christenson adalah pastor Lutheran di San Pedro, California, yang telah mula percaya pada permulaan 1960an bahawa Yesus Kristus masih menyembuhkan orang-orang sakit seperti yang telah dilakukan-Nya 2,000 tahun yang lalu. 

Kepercayaan itu telah membawa Christenson untuk menerima bahawa karunia-karunia lain daripada Roh Kudus masih boleh didapati. 

Dia sendiri telah dibaptiskan dalam Roh dan mula berbahasa roh di sebuah gereja rempatan Assemblies of God yang dikunjunginya pada 1961. 

Christenson mengambil keputusan untuk meneruskan pelayanannya di denominasi Lutherannya, di mana dia telah menjadi seorang pendukung dan pemimpin utama untuk pembaharuan karismatik yang sedang melanda gereja-gereja aliran utama. 

Gereja San Pedro yang dipimpinnya menjadi begitu popular sehingga mungkin boleh menjadi sebuah gereja mega sambil umat Lutheran yang ingin tahu mengenai baptisan Roh Kudus berduyun-duyun ke situ. Tetapi dia sentiasa menggalakkan mereka untuk kembali ke sidang mereka masing-masing untuk menjadi kekuatan dan terang. 


Buku-buku Christenson, "Speaking in Tongues" (1968) dan "The Christian Family" (1970) telah menjadi bestseller.

Apakala para pengkritik mengkritik bahawa pergerakan karismatik adalah terlalu berdasarkan emosi yang cetek, intelek Christenson sendiri yang tajam dan pendiam telah menolak tanggapan seperti itu. 

Setelah berdekad-dekad melayani di California, dia telah kembali ke negeri asalnya, Minnesota. Pada usia 89 tahun, dia mengikuti ibadah di gereja yang sama di Northfield, Minnesota, di mana dia telah dibaptiskan pada permulaaan hidupnya.

Christenson telah menghafal seluruh buku Efesus, dan berdoa dari buku itu adalah bahagian utama daripada doanya sambil berjalan selama empat jam setiap hari. Semasa satu daripada perjalanannya itu dua bulan sebelum harijadinya yang ke-90, dia telah tergelincir di atas ais pada 21 Disember, kejatuhan yang telah mengakibatkan komanya selama lima hari dan kemudian kematiannya. 

Dia telah berkahwin dengan isterinya, Nordis, selama 66 tahun dan meninggalkan isterinya, empat anaknya, 18 cucu dan lima orang cicit.

(Diterjemahkan daripada artikel CBN News bertajuk, "Charismatic Renewal Pioneer Larry Christenson Dies From Icy Fall" yang ditulis oleh Paul Strand bertarikh 29 Disember 2017)