Isnin, 1 Januari 2018

Kata-Kata Inspirasi Untuk Tahun Baru Daripada Norman Vincent Peale


Mulakan tahun baru dengan baik dengan kata-kata menginspirasikan daripada Dr. Norman Vincent Peale, pengasas Positive Thinking (dan pengasas Guideposts juga!). Mesejnya yang tak lekang dek zaman mengenai bagaimana mengubah pemikiran anda boleh mengubah hidup anda masih menginspirasikan kita hari ini. 

Kami berharap kata-kata yang memberi semangat ini akan membantu anda menjalani hidup yang terbaik. 

Selalu berjaga-jaga untuk idea besar yang boleh mengubah hidup anda.

Lakukan yang terbaik dan serahkan kesudahannya kepada Tuhan.


Berusaha selalu untuk mengatakan secara optimis mengenai segala hal.

Jadikan Tuhan sebagai Rakanmu dalam segala yang diusahakan.

Gugurkan 3 K ini - kekurangan, kehilangan, keterbatasan - daripada perbendaharaan katamu.

Mulakan dan akhiri hari, dan pada waktu-waktu di antaranya juga, dengan mengucap syukur kepada Tuhan untuk segalanya.

Nyanyikan sekurang-kurangnya sebuah lagu setiap hari.

Lupakan dirimu. Ingat keberanian.

(Diterjemah daripada artikel Guideposts bertajuk, "Norman Vincent Peale: Inspiring Quotes For The New Year")