"Ayah tahukah mengenai pemimpin pujian Hillsong itu yang mengatakan dirinya meninggalkan iman Kristian?" katanya.
"Ya, Marty Sampson. Saya tahu," saya menjawab. "Saya tidak kenalnya tapi telah membaca mengenainya."
(Beberapa hari selepas tersebar berita awal Sampson meninggalkan imannya, dia menjelaskan bahawa sebenarnya dia belum meninggalkan imannya tetapi imannya dalam keadaan yang sangat goyah).
"Dia telah terlalu terpengaruh dengan hujah-hujah dari ahli-ahli sains yang ateis dan tidak percaya Tuhan," saya menjelaskan lagi. "Itulah sebabnya dia katakan bahawa sains semakin kelihatan benar dan menunjukkan iman kepada Tuhan itu tidak benar."
"Ya mungkin dia tinggalkan imannya, tapi terdapat ribuan orang lagi di Hillsong yang masih berpegang kuat dalam iman mereka," saya menambah lagi.
(Saya membuat semakan cepat pagi tadi - Gereja Hillsong mendapat kehadiran 130,000 orang secara purata dalam kebaktian-kebaktiannya setiap minggu di pusat-pusat bandar di 23 negara di sekeliling dunia).
"Itulah sebabnya kita harus berhati-hati apa yang masuk ke dalam hati dan fikiran kita," kata saya sambil merujuk kepada Sampson.
"Ingat apa yang terjadi kepada Hawa. Dia di tempat yang sempurna di Taman Eden. Dia kenal Tuhan, malahan dia baru saja mendengar langsung dari Tuhan. Namun begitu, dia masih ditipu daya oleh Iblis," sambung saya.
Iblis adalah pakar tipu daya. Tidak hairan apabila ada orang Kristian yang tertipu dengan tipu helahnya.
Kita perlu berhati-hati apa yang memasuki hati dan fikiran kita.
Iblis adalah pakar tipu daya. Tidak hairan apabila ada orang Kristian yang tertipu dengan tipu helahnya.
Kita perlu berhati-hati apa yang memasuki hati dan fikiran kita.