Terdapat banyak variasi dan lagu untuk doa ‘Bapa Kami’ di
dalam dunia. Yang sering digunakan oleh gereja Bahasa di Malaysia adalah versi
Indonesia di mana banyak perkataan negara jiran digunakan. Ini mungkin
menyukarkan pemahaman untuk petikan Firman ini. Ramai yang tertanya-tanya
bilakah Malaysia akan mempunyai versi lagu ini dalam Bahasa Melayu.
(Video lagu Doa "Bapa Kami" akan disiarkan 1 Julai 2020, 8.30 malam)
“Pelbagai bahan akan disediakan untuk membolehkan
gereja-gereja menggunakan lagu ini dalam pengajaran doa ‘Bapa Kami’. Antaranya
termasuklah perkongsian carta dan skor lagu, bahan aktiviti mewarna untuk
kanak-kanak dan akses kepada lagu menerusi lebih daripada 20 platform audio
digital,” kata Gina Yap. “Tim pelayanan kami berharap lagu ini akan menjadi
berkat kepada negara dan seluruh dunia.”
Mari kita bersama-sama mendukung lagu ini pada 1 Julai 2020
di saluran YouTube: https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc pada
8:30pm.
Untuk perkembangan lanjut mengenai lagu baru Doa ‘Bapa
Kami’, sila ikuti #MYWorshipCollective di laman Facebook Malaysian Worship Collective (www.facebook.com/MYWorshipCollective).
(Dipetik daripada artikel Asian Beacon bertajuk, "The Launch of Doa 'Bapa Kami' - A New Song In BM")