Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata siasatan telah dijalankan pihaknya Sabtu lepas terhadap pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia yang mengeluarkan beberapa kenyataan mempertikaian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah Allah.
Menurutnya, kenyataan yang dibuat menerusi video berdurasi
12 minit 34 saat itu bersifat menghasut dasar agama dan perkauman.
Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta
Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan.
(Diambil daripada artikel Astro Awani bertajuk, "Isu Kalimah Allah: Polis Kenal Pasti Individu Sebar Kenyataan Berbaur Hasutan" bertarikh 16 Mac 2021)