Menurut Kementrian Perpaduan Nasional, bilangan orang yang beribadah mestilah tidak melebihi 50 orang untuk rumah-rumah ibadat yang boleh memuatkan lebih daripada 1,000 orang manakala hanya 20 orang dibenarkan ke dalam rumah-rumah ibadat yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 orang.
"Waktu sembahyang untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam adalah dari 6 pagi hingga 2 petang, dan 4 petang hingga 10 malam," begitu kenyataan dari kementrian.
Kementrian menyatakan bahawa SOP ini adalah pindaan kepada SOP yang sedia ada untuk pembukaan rumah-rumah ibadat bukan Islam, yang telah diluluskan selepas pertemuan jawatankuasa teknikal dengan menteri kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Badan-badan pengurusan rumah-rumah ibadat juga diingatkan untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi untuk 30 minit sebelum dan selepas acara-acara sembahyang dijalankan.
Menurut kenyataan itu pegawai-pegawai perpaduan dilantik sebagai pegawai-pegawai pemantau di bawah Seksyen 3, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan menjalankan pemantauan SOP.
Kenyataan itu juga menyebut Menteri Perpaduan Nasional, Halimah Mohamed Sadique sebagai mengingatkan semua badan pengurusan rumah-rumah ibadat bukan Islam dan jemaat yang menghadiri ibadat nntuk mematuhi SOP, selain daripada mengamalkan penjagaan kesihatan diri, memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial.
(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Smaller Congregations For Non-Muslim Prayer" bertarikh 12 Mei 2021)