Yazid dan isterinya tinggal dan bekerja di suatu bahagian di Timur Tengah di mana adalah bertentangan dengan undang-undang untuk berkongsi Injil Yesus Kristus dan juga mengancam nyawa untuk berkata mengenai penyebaran Injil.
Pasangan suami isteri itu menjalani hidup mereka dengan berkongsi Injil di kalangan orang-orang Muslim yang tidak pernah mendengarkannya, dan mereka juga mengasaskan gereja. "Tuhan sedang bergerak di Timur Tengah menerusi mimpi, penglihatan dan lawatan peribadi," kata Yazid.
Dia meneruskan dengan mengatakan mengenai seorang lelaki yang berkongsi pertemuan luar biasanya yang menakjubkan dengan Tuhan: "'Seorang lelaki memakai pakaian serba putih mengetuk pintu saya setiap malam, dan saya tidak dapat memandangnya sebab wajahya begitu bersinar-sinar dan terang. Ketika dia memasuki rumah, dia menyuruh saya menuliskan apa yang dikatakannya. Dan sambil saya menulis, saya akan tertidur. Kemudian pada malam esoknya, dia akan datang lagi... selama satu bulan.'"
Yazid menanya lelaki itu, "Apakah yang kamu tulis? Bolehkan saya melihat buku catitanmu?"
Yazid berkongsi bahawa dalam buku catitan lelaki itu telah tertulis, "Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah."
"Dia telah menulis seluruh Injil Yohanes kata demi kata dalam buku catitannya," kata Yazid. "Ini menakjubkan. Yesus mengunjunginya setiap malam sehingga dia selesai buku itu."
"Ini adalah hal yang mengkagumkan bahawa lelaki itu sebenarnya menanya kami, 'Siapakah lelaki itu yang telah melawat saya? '" Yazid meneruskan. "Dan di sini, saya mempelajari suatu pelajaran yang berharga: Tuhan akan melakukan bahagian-Nya, tetapi kita juga perlu melakukan bahagian kita."
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel CBN News bertajuk, "'Jesus Visited Him Every Night: Middle Eastern Missionary Shares Amazing Story of God on the Move" yang ditulis oleh Mark Martin bertarikh 20 April 2022)