Pada khutbah terakhirnya Ahad lepas, Gumbel mengingat kembali mengenai 46 tahunnya bersama gereja itu - 17 tahun yang terakhir di situ sebagai vicar.
Khutbahnya bertajuk, "Yang Terbaik Belum Tiba Lagi" dan berdasarkan ucapan perpisahan Paulus kepada orang-orang Efesus di Kisah Para Rasul 20.
"Kami telah ada di sini 46 tahun, sejak 1976, dan kami mengasihi kamu semua," katanya.
"Saya percaya bahawa yang terbaik belum tiba lagi - untuk kamu, untuk gereja, untuk kita semua."
Sebelum menjadi vicar HTB, dia telah bertugas sebagai salah seorang curate (pembantu vicar). Dia juga telah merintis Kursus Alpha yang bersifat penginjilan sewaktu tempohnya dengan gereja itu.
Bercakap dengan Christian Today lebih awal tahun ini mengenai persaraannya, dia berkata rancangannya adalah untuk meluangkan lebih masa dengan cawangan-cawangan gereja HTB dan Kursus Alpha.
Ditanya apakah kesyukuran terbesarnya berkenaan waktunya bersama HTB, dia berkata, "Saya sungguh, sungguh berbangga dengan jemaat kami. Saya amat sekali menyayangi umat di sini, dan itulah perkara yang saya akan paling rindui. Itulah satu-satunya perkara di sini yang saya akan sedih tinggalkan. Saya amat menyayangi mereka. Mereka orang-orang yang sangat baik, murah hati, melayani, berdoa dan pintar, dan saya akan merindui mereka."
Pengganti Gumbel adalah Rev Canon Archie Coates, 51 tahun, vicar St Peter, Brighton.
(Diterjemahkan dari artikel Christian Today bertajuk, "Nicky Gumbel Retires As Vicar of Holy Trinity Brompton" yang ditulis oleh Mark King bertarikh 26 Julai 2022)