Pelumba 22 tahun itu mencatat masa 50.68 saat, memecah rekod lamanya 51.41 saat yang telah dicatat pada bulan lepas. Ini adalah kali keempat dalam tempoh 13 bulan McLaughlin telah memecahkan rekod dunia 400 meter berpagar.
Berikutan perlumbaan Jumaat lalu, McLaughlin bercakap dengan NBC Sports mengenai kejayaannya dan memastikan untuk memberi segala penghargaan kepada Tuhan.
Sydney McLaughlin menang 400m berpagar |
"Saya perlu bermula dengan memberikan segala kemuliaan kepada Tuhan," katanya. "Beberapa hari yang lepas ketika menyediakan diri untuk perlumbaan ini, Ibrani 4:16 ada di fikiran saya - memasuki dengan berani ke hadapan takhta-Nya untuk menerima rahmat dan kasih kurnia. Dan saya fikir Dia benar-benar memberi saya kekuatan untuk melakukannya hari ini, oleh itu segala kemuliaan kepada Tuhan."
"Sebelum perlumbaan, saya cuma ingin pergi ke trek dan berlari dengan sepenuh upaya. Bobby (Kersee, jurulatihnya) dan saya telah berlatih untuk ini sepanjang tahun dan kami ingin pergi dan melaksanakannya," McLaughlin menambah lagi. "100 meter terakhir benar-benar menyakitkan, tetapi saya benar-benar bersyukur untuknya dan untuk waktu itu dan membawa pingat pulang untuk Pasukan USA."
Pada musim panas yang lalu di Tokyo, dia telah mencipta rekod dunia pada 51.46 saat dan dan memenangi pingat emas Olimpik. Sebelum itu, dia telah menjadi wanita pertama untuk berlari di bawah 52 saat apabila dia berlari 51.90 di Ujian Kelayakan Olimpik Amerika Syarikat. Kini, dia adalah wanita pertama untuk menamatkan perlumbaan di bawah 51 saat.
Sydney McLaughlin pecah rekod dunia 400m berpagar di Kejohanan Dunia di Oregon |
"Secara jujur, kami fikir bahawa kami dapat berlari dengan lebih pantas lagi," dia memberitahu NBC. "Tapi kami amat bersyukur dengan masa itu; apapun di bawah 51 saat adalah suatu kemenangan bagi kami. Cuma kami tahu ada lagi kami dapat berikan dan lebih lagi kami dapat kurangkan dari masa itu. Jadi saya secara jujur amat bersyukur untuk hari ini."
Dia juga memberi petanda bahawa menukar acara adalah suatu kemungkinan pada masa depannya.
"Apapun mungkin," dia memberitahu NBC.
Apapun jalan yang McLaughlin pilih kelak, imannya akan di tempat paling utama.
Setelah memenangi emas pada musim panas lepas dalam 400m lumba berpagar wanita, dia mengulas bahawa ianya semuanya mengenai, "mempercayai prosesnya dan memberi kemuliaan kepada Tuhan."
Bio McLaughlin di Instagramnya cuma sebaris, "Yesus adalah Tuhan" dengan emoji seekor merpati.
(Diterjemahkan daripada artikel CBN News bertajuk, "'All The Glory to God': Sydney Shatters 400 Hurdles Setting New World Record" yang ditulis oleh Andrea Morris bertarikh 24 Julai 2022)