Dari kiri: Nancy Nelly Joneh, Uskup Cornelius Piong dan Fr David Gasikol di sidang media |
Hasil siasatan lanjut, pihak polis berjaya menangkap seorang
lelaki tempatan bersabit kes tersebut. Pesalah laku dipercayai kurang siuman
sejak tahun lalu namun tidak pernah menjalani pemeriksaan mental.
Uskup Piong berkata gereja tidak akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap pesalah susulan kejadian tersebut.
Katanya kes ini sudah pun berada di bawah seliaan Ibu
Pejabat Polis Daerah Keningau maka gereja menyerahkan sepenuhnya kepada pihak
polis untuk tindakan selanjutnya.
“Semua (hal ini) sudah di tangan pihak polis dan kita sudah
tahu apa yang terjadi.
“Adakah kita memaafkan dia? Ya sebagai umat Katolik, kita
memaafkan.
“Kita perlu mengampuni, mendoakan saudara kita ini.
Lebih-lebih lagi kita tahu dia itu bukan normal (secara mental).
“Kita serahkan kepada pihak polis, apa tindakan mereka
terhadap dia, terpulang,” ujar Uskup Piong.
Dia berkata ini semasa Sidang Media Khas Keuskupan Keningau
berhubung kes tersebut di laman Facebook Diocese
of Keningau pada hari ini jam 9.00 pagi.
Di dalam Sidang Media, Uskup Piong disertai oleh Pengerusi
Majlis Pastoral Paroki, Nancy Nelly Joneh dan Paderi Pembantu Gereja KSFX, Fr
David Gasikol.
(Dipetik daripada artikel Catholic Sabah bertajuk, "Uskup Memaafkan Pesalah Laku Pecah Masuk Gereja Keningau" yang ditulis oleh Linda Edward bertarikh 8 Julai 2022)